17 Julai 2026, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Muzium Sarawak sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi dalam memelihara, mendokumentasi dan memperkasa warisan sejarah serta budaya Sarawak, hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Tuan Haji Japri Bujang Masli, turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Anielia Anak Siam atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Jabatan Muzium Sarawak yang baharu.
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh kerjasama sedia ada serta meneroka peluang kolaborasi yang lebih erat dalam bidang pemeliharaan, pendokumentasian dan pemerkasaan warisan budaya serta sejarah Sarawak.
Antara perkara yang dibincangkan ialah usaha memperkukuh pelaksanaan Sarawak State Library Ordinance, 1999, pengurusan dokumen lama berkaitan Sarawak, pemeliharaan koleksi manuskrip yang berpotensi dicalonkan di bawah Program UNESCO Memory of the World, serta memperluaskan kerjasama dalam pemuliharaan dan pengiktirafan warisan dokumentari negeri.
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai pelaksanaan program bersama, pameran, perkongsian kepakaran serta inisiatif yang dapat memperkukuh ekosistem pemeliharaan warisan Sarawak.
Pustaka Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada Jabatan Muzium Sarawak atas sambutan mesra dan komitmen yang diberikan. Diharapkan hubungan strategik yang terjalin akan terus diperkukuh demi memastikan khazanah warisan Sarawak terus dipelihara, didokumentasikan dan diwarisi oleh generasi akan datang.
Delegasi Pustaka Negeri Sarawak telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Japri Bujang Masli, bersama pegawai-pegawai kanan iaitu Puan Hayati Haji Sabil, Ketua Sektor Pengurusan Rekod; Encik Ramdzan Haji Saman, Ketua Sektor Sumber Maklumat; Dr. Dayangku Horiah Awang Gani, Ketua Sektor Pengurusan Arkib; Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus, Ketua Bahagian Sarawakiana; dan Puan Rozana Octavia Umpu, Ketua Bahagian Rujukan, Akses dan Pembelajaran.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026