Pustaka Negeri Sarawak mempelawa pihak yang layak dan berminat untuk mengemukakan tawaran bagi pembelian aset alih seperti berikut:
Kenderaan: Honda Accord 2.4L i-VTEC (A)
Nombor Pendaftaran: QAA 1100N
Kuantiti: 1 unit
Harga Simpanan: RM20,000.00
Orang awam yang berminat boleh membuat pemeriksaan aset pada 30 Jun 2026 hingga 2 Julai 2026, dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Pustaka Negeri Sarawak, Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Tarikh tutup tender adalah pada 16 Julai 2026 (Khamis), jam 12.00 tengah hari.
Borang Tender Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-25) boleh diperoleh daripada Pustaka Negeri Sarawak. Semua tawaran hendaklah dikemukakan dalam sampul berlakri dan ditandakan dengan nombor tender PUSTAKA/HA/3/2026.
Sebarang tawaran hendaklah disertakan dengan deposit tender sebanyak 10% daripada harga tawaran, tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan tender yang disiarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026