EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Malaysiaku = My Malaysia

image description
Call no.
: 899.2333/LOW
Author
: Charmaine Low
Contributor
: Marilyn Anak Albert Matu
Summary
Buku dwibahasa ini boleh dijadikan sebagai buku rujukan buat semua lapisan masyarakat. Ilustrasi yang menarik, penggunaan Bahasa Malaysia yang mudah untuk difahami dan penerangan yang ringkas dan lengkap menjadikan buku ini dibaca secara santai. Sebagai contoh, kandungan di dalam buku ini memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai banyak permainan tradisional. Diwarisi sejak zaman dahulu dan dianggap sebagai warisan budaya yang sangat berharga. Antara permainan tradisional yang terkenal ialah Congkak, Capteh, Wau Bulan, Gasing, Magunatip, Sape, dan Batu Seremban. Congkak dimainkan dengan memasukkan biji getah, guli atau kerang ke dalam lubang pada papan kayu. Ia melibatkan kemahiran mengira dan strategi. Capteh pula permainan yang disepak menggunakan kaki dan bertujuan untuk memastikan Capteh tidak jatuh ke tanah selama yang boleh.Gasing popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan biasanya dimainkan sebagai tanda kesyukuran atas tuaian yang baik. Selain itu, Magunatip merupakan tarian tradisional masyarakat Murut di Sabah yang menggunakan buluh sebagai alat utama. Di samping itu, Sape merupakan alat muzik seperti gitar, berasal dari Sarawak dan Kalimantan. Wau Bulan merupakan layang-layang tradisional yang besar dan cantik. Ia juga dijadikan simbol kebangsaan Malaysia kerana keunikan reka bentuknya. Batu Seremban pula dimainkan menggunakan batu kecil, biji getah atau pasir. Permainan ini boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan, biasanya antara dua hingga lima orang.