EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Negeri Sarawak Terus Perkasa Kesedaran Alam Sekitar melalui Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 di Betong

Posted on 24 October 2025

Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong bermula 19 hingga 20 November 2025.

Objektif Program:
1. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap inisiatif Sarawak Lestari ke arah pembangunan mampan dan kelestarian alam sekitar.
2. Menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber semula jadi.
3. Menyebarluaskan maklumat mengenai program dan dasar kerajaan berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
4. Memupuk semangat kerjasama antara agensi kerajaan, komuniti, dan pihak swasta dalam menjayakan agenda Sarawak Lestari.

Orang ramai khususnya penduduk Kampung Hulu Meludam dan kawasan sekitar adalah dijemput hadir bagi memeriahkan Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan.

Pelbagai pameran interaktif, aktiviti menarik dan sesi penerangan akan diadakan sepanjang program ini. Datanglah beramai-ramai bagi menyokong usaha bersama menuju Sarawak yang Lestari dan Sejahtera!