10 April 2020, KUCHING- Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Encik Shahfian Bin Sapuan dari MiLUS Miniatures telah menyumbang dan menyerahkan face shield kepada anggota polis di Balai Polis Bintawa sebagai langkah pencegahan Covid-19 semasa mereka menjalankan tugas.
Inisiatif ini bertujuan sebagai penghargaan kepada mereka kerana telah berkhidmat dan memastikan masyarakat sentiasa berada di dalam keadaan selamat.
Untuk makluman, pihak kami telah menggunakan tiga unit 3D printer sumbangan Kedutaan Amerika Syarikat di bawah program American Corner Sarawak dan Printer buatan tempatan dari Proteus.
Sama-sama kita berusaha untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini daripada terus menular agar kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025