Tahniah!!
Pertandingan Sketches Hari Sarawak anjuran Pustaka Negeri Sarawak bersempena dengan Sambutan Hari Sarawak 2020 telah dimenangi oleh Prof Madya Dr. Yakup Mohd Rafee, Pensyarah Kanan di Fakulti Seni Gunaan & Kreatif, UNIMAS.
Karya yang dihasilkan merupakan hasil lukisan yang menggunakan medium pensil di atas kertas dan memaparkan potret pemimpin negeri Sarawak masa kini iaitu Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (Yang di-Pertua Negeri Sarawak) dan Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari TunAbang Haji Openg (Ketua Menteri Sarawak) sebagai subjek utama lukisan. Mereka di lihat sebagai peneraju utama dalam memastikan kemajuan negeri Sarawak pada hari ini. Selain itu, kepesatan kemajuan negeri Sarawak turut digambarkan dengan gambaran system pengangkutan moden yang ada dan bakal dilaksanakan di Sarawak seperti perhubungan udara yang efisien dan sistem MRT yang bakal wujud di Sarawak. Walaupun begitu, kepelbagaian budaya masih tetap di jaga dan digambarkan melalui keharmonian pelbagai bangsa dalam mengamalkan adat dan budaya masing-masing. Secara keseluruhan, kemajuan Sarawak dilihat sebagai seimbang bukan sahaja dalam bidang fizikal, tetapi juga dalam mengekalkan identiti dan perpaduan pelbagai masyarakat di Sarawak.
Pemenang telah mendapat Hadiah Utama yang merupakan Huawei MediaPad, M3 Lite 8.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025