Pustaka Negeri Sarawak, Kuching Pustaka Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif untuk memupuk minat membaca kepada anak-anak anda dari kecil tanpa menjalani sebarang ujian dengan menganjur Kursus Modul Ibu Bapa sebagai Rakan Membaca Reading Seeds secara PERCUMA.
Sehubungan itu, Ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak berumur 0-3 tahun juga akan mendapat Reading Seeds Kit secara PERCUMA setelah melengkapkan keseluruhan modul di dalam kursus tersebut.
Caranya mudah sahaja:
1. Daftar dan lengkapkan kesemua modul pembelajaran secara atas talian di https://www.openlearning.com/pusta.../courses/reading-seeds/
2. Setelah lengkap kesemua modul, sila cetak sijil penyertaan dan bawa sijil tersebut berserta buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak anda untuk tuntutan Kit Reading Seeds.
Kit Reading Seeds ini boleh dituntut di lokasi seperti berikut:
Pustaka Negeri Sarawak, Kuching
Pustaka Negeri Sarawak, Sibu
Pustaka Negeri Sarawak, Miri
20 buah buah Digital Community Centre (DCC) di Sarawak
47 buah Perpustakaan Awam (MLGH)
38 buah Perpustakaan Desa di bawah bidang kuasa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan pegawai seranta kami, Encik Edison Ricket di talian 082-442000 atau melalui email edisonr@sarawak.gov.my.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025