31 Mac 2021, Kuching - Kunjungan Hormat kepada Yang Berusaha Dr.Norisah Binti Suhaili , Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah diadakan kelmarin oleh Puan Arpah Adenan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Japri Bujang Masli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) dan beberapa pegawai daripada Pustaka Negeri Sarawak.
Kunjungan Hormat ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan kemudahan perkhidmatan perpustakaan yang dapat digunakan oleh Guru dan murid sekolah. Dalam masa yang sama, Pustaka juga berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam penganjuran program.
Pada tahun ini, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit secara dalam talian pada 22 April 2021 jam 11:00 pagi - 11:10 pagi.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025