Pustaka Negeri Sarawak mengajak kita bersama-sama menyokong World #QuranHour 2021 yang akan berlangsung serentak di seluruh dunia pada 24 Ramadan 1442H bersamaan hari Khamis, 6 Mei 2021 bermula jam 11:00 pagi dengan membawa misi Surah Al-Mulk.
Sehubungan itu, Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Rumah Ngaji Sarawak telah mengambil inisiatif untuk mengadakan World Quran Hour 2020 Peringkat Negeri Sarawak secara langsung di Facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak semalam.
Pelaksanaan Malaysia #QuranHour telah bermula sejak tahun 2015 dan World #QuranHour bermula pada tahun 2016 secara tahunan. Sehingga tahun 2019, pelaksanaan World #QuranHour telah diadakan di lebih 3000 lokasi berdaftar di seluruh Malaysia, 300 lokasi berdaftar di 76 buah negara dan telah mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial.
Pada tahun 2020, perlaksanaan World Quran Hour dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah melibatkan 1.5 juta tontonan saluran TV dan 10 juta tontonan online di dalam dan luar negara.ialamat www.facebook.com/pustaka.sarawak pada Rabu, 13 Mei 2020, jam 11:00 pagi – 12:00 tengahari.
Marilah kita meyokong penyertaan World Quran Hour 2021 dengan menghantar Laporan/statistik penyertaan melalui “web browser” di alamat - http://bit.ly/WQH21
Kongsikan DETIK tersebut dengan memuatnaik gambar dan video anda beserta #worldquranhour #worldquranhourswk
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025