EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Makersmeet @Pustaka Negeri Sarawak

Posted on 24 October 2025

Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Makersmeet 2025 yang akan berlangsung di perkarangan Pustaka Negeri Sarawak, Kuching bermula 29 hingga 30 November 2025.

Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti berkonsepkan inovasi, kreativiti dan teknologi, dengan penglibatan komuniti serta agensi berkaitan. Orang awam dijemput hadir beramai-ramai untuk menyertai aktiviti hands-on, bengkel interaktif, serta pameran menarik yang pastinya memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

Objektif Program:
1. Menggalakkan budaya penciptaan, inovasi dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat.
2. Menyediakan platform bagi komuniti dan penggiat teknologi tempatan untuk berkongsi ilmu dan idea kreatif.
3. Meningkatkan kesedaran awam terhadap teknologi hijau dan penyelesaian lestari sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
4. Mengeratkan hubungan antara komuniti, institusi pendidikan dan agensi kerajaan melalui aktiviti berteraskan teknologi dan kreativiti.