Majlis Pelancaran Hari Integriti dan Inovasi (HIIP) 2025 anjuran Pustaka Negeri Sarawak akan disempurnakan oleh YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman), bertempat di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak.
Bertemakan “Integriti Teguh, Inovasi Kukuh”, penganjuran HIIP 2025 ini menzahirkan komitmen Pustaka dalam memperkukuh budaya integriti dan etika kerja yang tinggi, di samping memupuk semangat inovasi berterusan dalam kalangan warga kerja serta masyarakat umum. Tema ini juga mencerminkan usaha bersepadu Pustaka untuk mengimbangi nilai kejujuran, tanggungjawab dan kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan berimpak.
Majlis pelancaran ini turut menampilkan pelbagai pengisian menarik dan signifikan, antaranya:
• Ucaptama bertemakan Integriti Teguh, Inovasi Kukuh;
• Lafaz Ikrar Bebas Rasuah oleh warga kerja Pustaka Negeri Sarawak;
• Simbolik Penyerahan Pendrive Video Perasmian Hari Integriti dan Inovasi;
• Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang Pertandingan Video Pendek dan Pertandingan Poster; serta
• Lawatan Tapak Pameran Jubli Perak Pustaka Negeri Sarawak yang menampilkan pelbagai bahan dan maklumat berkaitan sejarah serta pencapaian institusi ini sepanjang 25 tahun penubuhannya.
Penganjuran HIIP 2025 menjadi platform penting bagi memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan integriti dalam perkhidmatan awam serta memperluas budaya inovasi sebagai pemangkin transformasi organisasi yang mampan dan berdaya saing. Melalui penganjuran tahunan ini, Pustaka terus komited dalam mendukung agenda kerajaan negeri untuk mewujudkan ekosistem perkhidmatan awam yang berintegriti, berakauntabiliti dan berinovasi tinggi demi kesejahteraan rakyat Sarawak.
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025