24 Jun 2025, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak telah menerima lawatan kerja daripada Bahagian Pendakwaan Syar’ie, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama dan merapatkan silaturahim antara kedua-dua institusi.
Lawatan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam aspek pengurusan maklumat dan rekod. Delegasi juga diberi pendedahan berkenaan peranan serta fungsi Pustaka sebagai pusat ilmu dan rujukan.
Melalui inisiatif ini, diharapkan hubungan dua hala dapat diperkasa dan seterusnya membuka ruang kepada kerjasama berterusan dalam bidang pengurusan pengetahuan dan perundangan Islam.
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025
Bengkel Seni Baju Ujan (Ngepan Batang Rajang) 13 Dec 2025