𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 – 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 #𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧𝐇𝐨𝐮𝐫 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫, 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧
Pustaka Negeri Sarawak dengan sukacitanya menjemput khususnya komuniti Bahagian Serian untuk menyertai World #QuranHour 1447H pada:
📅 11 Mac 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Masjid Darul Makmur, Serian
World #QuranHour ialah gerakan global yang mengajak umat Islam membaca, memahami dan menghayati Al-Quran secara bersama.
Tahun ini menampilkan Surah Al-Muzzamil (Orang yang Berselimut) dengan tema "𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 " – menekankan kekuatan qiamullail, ketahanan emosi dan kasih sayang dalam membina jiwa yang teguh.
Orang ramai juga boleh mengikuti siaran langsung menerusi Facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak.
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan majlis ini dan menyemarakkan budaya membaca serta tadabbur Al-Quran
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026