EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Perayaan-Perayaan di Malaysia = Festivals of Malaysia

image description
Call no.
: 899.2333/LOW
Author
: Charmaine Low
Contributor
: Marilyn Anak Albert Matu
Summary
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat daripada pelbagai latar belakang budaya. Oleh itu, buku dwibahasa ini menceritakan tentang pelbagai perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia dengan cara yang menarik dan kreatif. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri disambut apabila umat Islam selesai berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan. Pada hari itu, ahli keluarga akan berkumpul dan saling bermaaf-maafan. Perayaan Vaisakhi pula disambut oleh masyarakat Sikh dengan tarian Bhangra yang meriah. Penganut Hindu menyambut Thaipusam dengan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves untuk ke kuil dalam gua. Semasa Deepavali, lantai dihiasi dengan corak cantik menggunakan beras berwarna-warni. Tarian Singa yang penuh warna-warni dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baharu Cina. Perayaan Kuih Bulan juga dikenali sebagai Festival Pertengahan Musim Luruh, menampilkan tanglung yang cantik dan kuih bulan yang sedap. Suku kaum Iban menyambut Hari Gawai Dayak dengan dua jenis tarian tradisional iaitu Ngajat Pua Kumbu oleh wanita dan Ngajat Lesong oleh lelaki. Di Sabah, etnik Kadazan-Dusun meraikan Pesta Kaamatan sebagai tanda syukur atas hasil tuaian padi. Akhir sekali, pada setiap 31 Ogos, rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan untuk memperingati hari negara kita bebas daripada penjajahan.Secara keseluruhannya, buku ini sangat berinformatif dan sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia yang mudah difahami dan ilustrasi menarik memudahkan pemahaman para pembaca serta mempunyai pelbagai nilai murni yang seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat.