11 - 12 November 2024, KUCHING - Bahagian Sarawakiana, Sektor Perkhidmatan Perpustakaan telah mengadakan program 1Village 1Story pada 11 dan 12 November 2024 bertempat di Repositori Rekod Negeri.
Sebanyak empat (4) buah kampung telah menyertai program ini iaitu Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Sourabaya Hilir dan Kampung Sourabaya Hulu yang melibatkan seramai 15 orang peserta dengan 83 gambar dan 2 dokumen telah diperolehi pada sesi tersebut.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memelihara dan memulihara gambar-gambar mengenai peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di kampung-kampung di negeri Sarawak.
Menerusi program ini, maklumat dan deskripsi beserta gambar yang diperolehi akan dimuatnaik ke dalam Portal 1Village 1Story yang telah dibangunkan oleh Pustaka Negeri Sarawak.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Bahagian Sarawakiana, Sektor Perkhidmatan Perpustakaan di talian 082-374000.
#pustakanegerisarawak
#sarawakstatelibrary
#staterecordsrepository
#repositorirekodnegeri
#bacarekacemerlang
#readinnovateexcel
#pustaka2024
Please LIKE, COMMENT & SHARE:
https://linktr.ee/pustakanegerisarawak?utm_source=qr_code
//cer
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025