Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Karnival Sarawakiana 2025 yang bakal berlangsung dari 8 hingga 13 Disember 2025 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.
Edisi kali ini membawa tema “Warisan Ilmu, Budaya dan Kepercayaan”, yang menekankan kepelbagaian khazanah intelektual, tradisi serta amalan masyarakat pelbagai etnik di Sarawak yang menjadi asas kepada identiti negeri ini.
Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan interaktif akan diadakan termasuk pameran warisan budaya, bengkel seni tradisional, persembahan kebudayaan, sesi perkongsian ilmu, dan banyak lagi. Program ini turut menampilkan kerjasama pelbagai agensi, komuniti dan institusi tempatan dalam usaha memelihara, mendokumentasikan serta mempromosikan kekayaan warisan Sarawak.
Orang ramai dijemput hadir dan mengunjungi Pustaka pada tarikh tersebut bagi mendalami keunikan warisan ilmu, budaya dan kepercayaan yang membentuk jati diri masyarakat Sarawak. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman yang penuh pengetahuan dan kebanggaan terhadap warisan negeri kita!
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025
(Sibu) Customer Day 25 Oct 2025
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025