Program Accelerate disasarkan kepada usahawan / bakal usahawan wanita khususnya, namun terbuka juga kepada usahawan / bakal usahawan lelaki yang berminat untuk mempelajari asas kemahiran digital, perniagaan dan literasi kewangan. Program ini dilaksanakan oleh The Asia Foundation (TAF) bertujuan untuk menyediakan latihan asas kemahiran digital, perniagaan dan literasi kewangan untuk perniagaan mikro dan kecil.
Sehubungan dengan itu, Pustaka Negeri Sarawak yang merupakan Rakan Komuniti untuk program ini ingin mempelawa semua usahawan / peniaga kecil / bakal usahawan untuk menyertai program ini secara PERCUMA pada:
Tarikh : 20 – 24 Jun 2022 (Peserta boleh memilih mana-mana tarikh untuk sesi latihan)
Masa : 9:00 pagi – 12:00 tengahari
Tempat : Bilik ICT, Pustaka Negeri Sarawak
Para peserta yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR atau klik pautan:
https://forms.gle/DiqTRb334gK6pwCL6
Modul Latihan :
1. Kemahiran Perniagaan Keusahawanan
2. Kemahiran Kewangan
3. Kemahiran Literasi Digital
Penyertaan:
1. Terhad kepada 20 PESERTA!! untuk satu sesi (*3 Peserta Akan Dipilih untuk Menyertai #PROGRAMMENTORING di bawah bimbingan Accelerate The Asia Foundation )
2. Sijil Disediakan (Lengkap SEMUA MODUL)
3. Latihan Secara PERCUMA
4. Makanan & Minuman Disediakan
Untuk keterangan lanjut berkaitan program tersebut sila hubungi:
Puan Nurfatini Apandi : 082-442000 (samb 347)
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025