Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian (MTAC) bekerjasama dengan Pustaka Negeri Sarawak dan Multimedia Authority (SMA) akan melancarkan kursus e-Pelancongan pada 5 November 2020.
Majlis pelancaran kursus e-Pelancongan akan disempurnakan okeh YB Datuk Abd Karim Rahman Hamzah (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Menteri Belia dan Sukan Sarawak).
Tempat: Imperial Grand Ballroom 1, Imperial Hotel, Kuching
Masa: 11.30 pagi
Tarikh: Khamis, 05 November 2020
Modul yang dibangunkan dalam talian e-Pelancongan membantu dalam pembelajaran seiring dengan trend digital global serta inisiatif kerajaan negeri ke arah teknologi digital.
Empat modul telah diperkenalkan, antaranya Kesedaran Pelancongan oleh MTAC, Pelancongan Bertanggungjawab oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Acara Perniagaan oleh Biro Konvensyen Sarawak (SCB) dan Program Duta Pelancongan Sarawak oleh STB.
Kenali Sarawak dan industri pelancongan Sarawak dengan lebih mendalam!
Untuk maklumat lanjut, lawat laman sesawang ePelancongan: https://www.openlearning.com/pustakasarawak/courses/pandei-epelancongan/
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025
(Sibu) Customer Day 25 Oct 2025
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025