FESTIVAL SARAWAKIANA 2023 PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Festival Sarawakiana 2023 yang bertemakan Seni Sulaman dan Tenunan Tradisional Sarawak. Tema ini dipilih bagi memartabatkan keunikan budaya dan kesenian, sejarah, adat dan tradisi menerusi pelbagai aktiviti/program menarik yang telah dirancang seperti pameran, bengkel, ceramah, jualan hasil kraftangan serta makanan tempatan dan sebagainya. Maklumat dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada penganjuran festival ini akan didokumentasikan agar ianya terus dipraktikkan dan dipelihara untuk kelestarian generasi yang akan datang.
Ayuh jangan lepaskan peluang untuk menyertai Festival Sarawakiana 2023 pada 19 hingga 21 Oktober 2023 yang akan datang. Sertai kami beramai-ramai dalam pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk anda!
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan pegawai kami Encik Izaruddin bin Moss (izaruddin@sarawak.gov.my) atau Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) di talian 082-374000.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025