Assalamualaikum dan salam hormat tuan/puan.
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Sayembara Penglipur Lara Moden Sekolah Menengah bersempena dengan Festival 60 Tahun Sarawak Merdeka.
Sayembara ini diadakan secara dua peringkat iaitu:
1. Peringkat Saringan (penghantaran video)
2. Peringkat Akhir (secara bersemuka).
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 10 September 2023 (Ahad) dan tarikh pelaksanaan pertandingan ialah pada 15 September 2023 (Jumaat).
Syarat umum sayembara ini ialah:
1. Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 5 (berumur 13 hingga 17 tahun) di sekolah menengah kerajaan, swasta dan MRSM.
2. Peserta merupakan warganegara Malaysia yang bermastautin di negeri Sarawak.
3. Sebuah sekolah hanya dibenarkan menghantar tiga (3) penyertaan (dalam bentuk video) untuk peringkat saringan.
Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh membaca syarat dan mendapatkan borang penyertaan melalui pautan yang disediakan.
Hadiah lumayan disediakan kepada 10 orang pemenang.
https://drive.google.com/.../12QZIiNodo0EzKDSvahW.../view...
Sekian. Terima kasih.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025