MIRI – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M, Pustaka Miri telah
menganjurkan Pertandingan Bercerita Sirah Nabi pada 5 Februari 2013.
Seramai 18 orang peserta
yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah menyertai pertandingan
tersebut.
Objektif aktiviti tersebut
adalah bagi menimbulkan kesedaran dan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W di
samping menggalakkan peserta membaca berkenaan kisah rasul junjungan.
Pertandingan telah dibahagikan kepada dua (2) kategori –
Kategori Pelajar Lelaki dan Kategori Pelajar Perempuan. Senarai pemenang adalah
seperti berikut:
Kategori Pelajar Lelaki
Johan: Razin Sabiq B. Muhamad Fariz
Naib Johan: Muzhafar Azri B. Ali
Ketiga: Adam Harmaein B. Mohd Hilmi
Kategori Pelajar Perempuan:
Johan: Syahzanani Zawanah Bt. Abdul Taip
Naib Johan: Aisya Harmaeni Bt. Mohd. Hilmi
Ketiga: Khairunisa Bt. Sudirman
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh
Pustakawan Lilian Baun Pulo.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025