EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Integriti Teguh, Inovasi Kukuh : Pustaka Negeri Sarawak Raikan Hari Integriti & Inoasi Pustaka 2025

Posted on 06 November 2025

6 November 2025, KUCHING - Majlis Pelancaran Hari Integriti dan Inovasi Pustaka (HIIP) 2025 telah berlangsung di Galeri Pustaka Negeri Sarawak yang disempurnakan oleh YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), kelmarin.

Bertemakan “Integriti Teguh, Inovasi Kukuh”, program ini menzahirkan komitmen Pustaka untuk memperkukuh nilai integriti dan semangat inovasi dalam kalangan warga kerja serta masyarakat.

Antara pengisian utama termasuk ucaptama, lafaz Ikrar Bebas Rasuah, penyampaian hadiah pertandingan, dan lawatan ke Pameran Jubli Perak Pustaka Negeri Sarawak.

“𝑰𝒏𝒐𝒗𝒂𝒔𝒊 𝒕𝒂𝒏𝒑𝒂 𝒊𝒏𝒕𝒆𝒈𝒓𝒊𝒕𝒊 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒑𝒆𝒓𝒕𝒊 𝒋𝒂𝒔𝒂𝒅 𝒕𝒂𝒏𝒑𝒂 𝒓𝒐𝒉,” tegas YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya dalam ucapan beliau, menyeru agar inovasi dilaksanakan berlandaskan kejujuran dan amanah demi manfaat bersama.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datu William Patrick Nyigor dan YB Dato Ir. Lo Khere Chiang, Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, bersama YBrs. Tuan Wan Ahmad Nidzam bin Wan Omar, Timbalan Pengarah Pencegahan merangkap Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBrs. Encik Wan Mazli Wan Razali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), serta Cik Hajah Salina Haji Zawawi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan) Pustaka Negeri Sarawak.

Related Link

https://www.facebook.com/media/set?vanity=pustaka.sarawak&set=a.1233585835472156