EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Siri Kembara Haiwan: Yuli Merentas Samudera

image description
Call no.
: 899.2333 NOR
Author
: Normarini Norzan, Abdul Jalil Othman
Contributor
: Veronica Binti Edward Sidi
Summary
Dalam dunia laut yang luas dan indah, hiduplah seekor ikan kecil bernama Yuli. Yuli bukan ikan biasa, dia periang, suka berkawan dan mempunyai jiwa pengembara. Bersama rakan-rakannya, Yuli memulakan satu pengembaraan merentas samudera, penuh dengan cabaran dan kejutan. Sepanjang perjalanan, mereka menemui arus deras, tempat gelap yang menakutkan, serta makhluk-makhluk laut yang pelbagai, ada yang mesra, ada juga yang mencabar. Tapi Yuli tak pernah berundur. Dengan semangat, keberanian dan sokongan rakan-rakan, Yuli teruskan perjalanan untuk mencari lautan yang lebih selamat dan damai. Cerita ini membawa pembaca menyelami kehidupan laut melalui sudut pandang seekor ikan kecil. Bahasanya mudah dan gaya ceritanya bersahaja, membuatkan kanak-kanak mudah faham dan seronok membaca. Malah, pembaca dapat membayangkan dengan jelas suasana dasar laut, pergerakan ikan-ikan dan ragam watak-watak lain. Bukan sekadar cerita seronok, buku ini juga menyelitkan mesej penting—tentang persahabatan, keyakinan diri, kerja berpasukan dan rasa ingin tahu. Ia juga membuka mata pembaca tentang kepelbagaian hidup di laut dan pentingnya menjaga alam sekitar.