Difference between revisions of "Perpustakaan Desa Siber Ilmu"

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search
(Perpustakaan Negara Malaysia)
Line 5: Line 5:
  
 
== Perpustakaan Negara Malaysia ==
 
== Perpustakaan Negara Malaysia ==
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah perancang utama projek ini. Menerusinya, peruntukan untuk projek ini diperolehi dari Kerajaan Persekutuan.PNM juga menentukan jumlah peruntukan dan bilangan PDSI yang harus dibangun dan diselenggarakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe8) oleh setiap negeri di Malaysia. Peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan akan disalurkan kepada setiap negeri mengikut pecahan-pecahan tertentu menerusi perbadanan-perbadanan perpustakaan awam negeri atau perpustakaan-perpustakaan negeri – Pustaka Negeri Sarawak bagi negeri Sarawak.
+
Projek ini bermula pada tahun 2000 dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah perancang utamanya. Menerusinya, peruntukan untuk projek ini diperolehi dari Kerajaan Persekutuan.PNM juga menentukan jumlah peruntukan dan bilangan PDSI yang harus dibangun dan diselenggarakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe8) oleh setiap negeri di Malaysia. Peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan akan disalurkan kepada setiap negeri mengikut pecahan-pecahan tertentu menerusi perbadanan-perbadanan perpustakaan awam negeri atau perpustakaan-perpustakaan negeri – Pustaka Negeri Sarawak bagi negeri Sarawak.
  
 
== Agensi Pelaksana ==
 
== Agensi Pelaksana ==

Revision as of 08:27, 9 March 2021

Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) merupakan sebuah tempat, sama ada bilik atau ruang, di mana orang awam dapat mencapai dan mengakses maklumat yang diperlukan melalui satu rangkaian peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sumber-sumber maklumat yang boleh diakses menerusi PDSI terdiri daripada CD-ROM dan Internet. PDSI adalah gedung maklumat era baru. Dalam erti kata lain, ia adalah sebuah perpustakaan desa elektronik.

PDSI adalah satu daripada pendekatan yang digunakan oleh kerajaan untuk mendedahkan masyarakat luar bandar dan sub-bandar kepada dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi, terutamanya sekali golongan yang berpendapatan rendah. Ia membuka laluan untuk masyarakat luar Bandar dan sub-bandar memperolehi maklumat terkini yang diperlukan dengan cepat dan tepat. Melalui PDSI, menduduk luar bandar didedahkan kepada maklumat serta ilmu yang diperlukan untuk kemajuan diri dan masyarakat.

Perpustakaan Negara Malaysia

Projek ini bermula pada tahun 2000 dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah perancang utamanya. Menerusinya, peruntukan untuk projek ini diperolehi dari Kerajaan Persekutuan.PNM juga menentukan jumlah peruntukan dan bilangan PDSI yang harus dibangun dan diselenggarakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe8) oleh setiap negeri di Malaysia. Peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan akan disalurkan kepada setiap negeri mengikut pecahan-pecahan tertentu menerusi perbadanan-perbadanan perpustakaan awam negeri atau perpustakaan-perpustakaan negeri – Pustaka Negeri Sarawak bagi negeri Sarawak.

Agensi Pelaksana

Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) merupakan agensi pelaksana projek berkenaan di Sarawak. Peranan utamanya dalam projek ini adalah:

a) Menentukan tempat atau tapak yang sesuai untuk PDSI berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.
b) Melaksana, mengurus dan menyelenggara PDSI.
c) Memantau dan mengawas operasi PDSI.
d) Mengkaji dan melapor keberkesanan PDSI.

Keperluan Prasarana Asas

Pelaksanaan sesebuah PDSI hanya dapat direalisasikan dengan adanya prasarana atau infra struktur asas berikut:

a) Sumber kuasa elektrik untuk menghidupkan semua peralatan Teknologi Maklumat serta peralatan-peralatan lain yang berkaitan.
b) Talian telefon untuk mengakses Internet.
c) Sebuah bilik atau bangunan yang selamat serta mudah dilawati pengujung.

Prasarana asas ini merupakan sebahagian daripada kriteria yang digunakan untuk menentukan kesesuaian sesebuah perpustakaan desa untuk dinaik taraf.

Kelengkapan, Peralatan dan Latihan

Pustaka Negeri Sarawak akan memastikan setiap perpustakaan desa dipilh untuk projek ini sekurangnya-kurangnya dilengkapi kelengkapan/peralatan berikut:

a) 6 unit komputer peribadi multimedia.
b) 1 unit LAN router/modem.
c) 1 unit pencetak.
d) Koleksi CD-ROM.
e) Sistem rangkaian tempatan.
f) Perisian yang berkaitan.
g) Akaun pengaksesan Internet.
h) Meja komputer.

Latihan yang sesuai dan perlu akan diberikan kepada staf yang akan mengendalikan sistem tersebut.

Pelan dan Koos Pelaksanaan

Setiap PDSI akan dilaksanakan mengikut sekuen tindakan di bawah.

a) Kajian kemungkinan (Feasibility Study).
b) Kajian keperluan (Requirement Study).
c) Memorandum persefahaman atau persetujuan dengan pihak-pihak terbabit.
d) Jemputan tender/sebutharga.
e) Penilaian tender/sebutharga.
f) Pemilihan dan perlantikan kontraktor pelaksana.
g) Perlantikan dan latihan kakitangan.
h) Pemasangan, pengujian dan pemurnian.
i) Operasi dan pengawasan.
j) Semakan semula sistem.
k) Penambahbaikan dan pengemaskinian.

Kos pelaksanaan setiap unit PDSI dianggarkan RM50,000. Kontrak bagi pelaksanaannya diberikan kepada syarikat berdaftar yang dipilih melalui proses penilaian tender/sebutharga. Syarikat yang dipilih menyiapkan projek tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pembayaran hanya akan dibuat setelah projek diperakukan siap oleh Pustaka.

Pengoperasian dan Penyelenggaraan Projek

Penyelenggaraan sistem adalah tanggung jawab Pustaka. Setiap PDSI akan dikendalikan oleh seorang Pembantu Perpustakaan yang akan dilantik oleh Pustaka dan seorang lagi yang akan dilantik oleh pihak berkuasa tempatan, di mana projek berkenaan dilaksanakan. Bergantung kepada budi bicara pihak yang melantik, perlantikan ini boleh bertaraf tetap atau sementara.

Gaji atau upah, elaun dan faedah-faedah lain setiap kakitangan yang dilantik oleh Pustaka, juga akan ditentukan dan dibayar oleh Pustaka mengikut skim perkhidmatan berkaitan yang sedia ada. Dana untuk menampung gaji dan yang berkaitan dengannnya akan diperolehi dari dana belanja mengurus Perpustakaan Negara Malaysia.