Difference between revisions of "MyQ (KiK)"

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search
Line 1: Line 1:
 +
 +
 +
 
Pustaka Negeri Sarawak merupakan pusat sumber maklumat yang utama dan sebagai pembekal perkhidmatan maklumat kepada sektor awam dan swasta. Pustaka akan mengadakan rangkaian ke perpustakaan, pusat arkib dan pusat maklumat di seluruh Sarawak dan juga Malaysia. Pustaka juga menyediakan laluan untuk mengakses pusat maklumat antarabangsa. Selain itu, Pustaka juga berperanan sebagai pusat maklumat dan pusat budaya masyarakat.
 
Line 18: Line 21:
  
Our Project
 
Our Project
*T Hang Mobile
 
*PM-SpeC
 
<br>
 
<br>
  
==PM-SpeC==
 
==PM-SpeC==
[https://pubhtml5.com/homepage/jkmgh/ Laman Sesawang PM-Spec ]
 
Status bahan koleksi khas sebagai bahan rujukan menyebabkan bahan ini tidak boleh dipinjam keluar dari bangunan. Untuk membuat pinjaman rujukan, pengguna hendaklah hadir secara fizikal dan mendaftar sebagai ahli Pustaka terlebih dahulu. Setelah pendaftaran dilakukan pengguna diklasifikasi sebagai ahli Pustaka. Kemudian ahli Pustaka hendaklah menggunakan Online Public Access Catalogue (OPAC) untuk mencari bahan yang dikehendaki. Jika ada, ahli dikehendaki untuk mengisi Borang Penggunaan Bahan Koleksi Khas (Sarawakiana & Legal Deposit) kemudian ia diserahkan kepada Pustakawan yang bertugas untuk proses semakan maklumat, pencarian bahan dan perekodan. Bahan tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada ahli dan perlu dipulangkan semula setelah tidak lagi digunakan.
 
Penggunaan PM-SpeC dapat mengatasi permasalahan di mana pengguna boleh mengakses kepada bahan koleksi khas di luar waktu operasi dan bila-bila masa di mana-mana sahaja melalui capaian internet. Proses peminjaman fizikal dapat dikurangkan dan penggunaan borang-borang dapat dikurangkan. Pengguna boleh mencari secara terus bahan yang dikehendaki melalui kotak carian yang disediakan dalam PM-SpeC.
 
PM-SpeC adalah satu sistem atau perkhidmatan dalam talian yang memudahkan urusan pengaksesan dengan lebih berkesan dan efisien. Dalam jangka masa pendek, penggunaan PM-SpeC memberikan beberapa manfaat yang signifikan iaitu:
 
Dari segi kebolehaksesan, penggunaan PM-SpeC membolehkan perkhidmatan diakses secara dalam talian (online) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja yang mempunyai sambungan internet. Ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa hadir secara fizikal ke Pustaka Negeri Sarawak, Miri.
 
Dari segi penjimatan masa, proses pinjaman sebelum PM-SpeC, pengguna perlu hadir  secara fizikal ke Pustaka, mengisi borang fizikal dan menunggu untuk proses pinjaman seterusnya. Dengan PM-SpeC, keseluruhan proses boleh dijalankan secara elektronik, mengurangkan masa yang diperlukan untuk melengkapkan proses pinjaman atau pengaksesan. Oleh itu, masa yang diambil untuk proses pinjaman aatau pengaksesan dapat dikurangkan daripada 30 minit kepada 15 minit atau lebih kurang lagi.
 
Revision as of 14:26, 29 April 2024

Pustaka Negeri Sarawak merupakan pusat sumber maklumat yang utama dan sebagai pembekal perkhidmatan maklumat kepada sektor awam dan swasta. Pustaka akan mengadakan rangkaian ke perpustakaan, pusat arkib dan pusat maklumat di seluruh Sarawak dan juga Malaysia. Pustaka juga menyediakan laluan untuk mengakses pusat maklumat antarabangsa. Selain itu, Pustaka juga berperanan sebagai pusat maklumat dan pusat budaya masyarakat.

Manakala, Pustaka Negeri Sarawak, Miri adalah nodus atau titik fokal bahagian utara bagi Pustaka Negeri Sarawak yang memenuhi keperluan maklumat dan penyelidikan masyarakat Miri serta bandar-bandar dan daerah sekitar wilayah utara Sarawak. Ia merupakan sebuah perpustakaan yang menggunakan infrastruktur ICT serta mempunyai konsep perpustakaan hibrid dengan pemilikan bahan cetak serta sumber maklumat elektronik dan digital. Ia merupakan tempat yang berfungsi sebagai pusat menimbailmu, pengetahuan dan pembudayaan masyarakat dengan maklumat yang luas dalam bentuk media cetak dan elektronik. Ia juga sebagai tempat untuk masyarakaat berkumpul untuk berkongsi ilmu, pengetahuan, budaya dan penglibatan diri dalam program-program yang dijalankan.

Bagi memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat, organisasi ini telah menubuhkan MyQ sebagai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (K.I.K) di Pustaka Negeri Sarawak, Miri di mana kumpulan ini bertekad untuk terus mencipta, mempromosikan dan mengaplikasikan idea-idea baharu yang memacu pembangunan organisasi. Dengan semangat inovatif dan kreatif, kumpulan ini berusaha untuk menjadikan Pustaka Negeri Sarawak sebagai institusi perpustakaan yang terkemuka dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dan menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan di Sarawak.

Member:

  • Mohammad Bakthiar bin Supardi - Ketua
  • Azriana Enna binti Bong - Setiausaha
  • Abdul Aziz bin Bujang
  • Lilian Baun Pulo
  • Affendi bin Iezara
  • Masni Abdullah
  • Hisham bin Mohammed
  • Mohamad Rasyeddin bin Abdul Karim

Our Project

PM-SpeC