Difference between revisions of "Pustaka@school"

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search
(Tindakan Penyelesaian Projek)
Line 163: Line 163:
 
     <th>Bil</th>
 
     <th>Bil</th>
 
     <th>IDEA</th>
 
     <th>IDEA</th>
  <th>KETEREANGAN IDEA</th>
+
  <th>KETERANGAN IDEA</th>
 
     <th>FUNGSI</th>
 
     <th>FUNGSI</th>
 
   </tr>
 
   </tr>

Revision as of 11:38, 26 September 2024

TAJUK PROJEK : PENGGUNAAN PANGKALAN DATA YANG RENDAH DI KALANGAN AHLI BERDAFTAR DI PUSTAKA NEGERI SARAWAK (PUSTAKA@SCHOOL)


Latar Belakang Kumpulan

Logonadim.jpg
  • Kumpulan Inovatif dan Kreatif NADIM terdiri daripada lapan (8) orang ahli yang telah dilantik dalam tahun 2022 melalui pencalonan daripada setiap Ketua Sektor yang dipersetujui oleh Ketua Jabatan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak.
    Ahli Kumpulan NADIM adalah terdiri pegawai seperti dalam Jadual 2: biodata ahli kumpulan.

Ahli Kumpulan

Bil Nama Ahli Peranan Jawatan Sektor
1. Puspa Diana Jawi Ketua Kumpulan Pustakawan,S41 Pustaka Institut
2. Nur Nadhirah Frida Setiausaha Pembantu Pustakawan,S22 Perkhidmatan Perpustakaan
3. Charlene Bernadette David Dunit Ahli Pembantu Pustakawan,S19 Perkhidmatan Perpustakaan
4. Masni Morshidi Ahli Pembantu Tadbir,P/O22 Pengurusan Korporat
5. Musa Ayub Ahli Pegawai Tadbir, N41 Pustaka Institut
6. Mohamad Aizat Ajis Ahli Pustakawan, S41 Perkhidmatan Depositori
7. Nurfatini Apandi Ahli Pustakawan, S41 Perkhidmatan Perpustakaan
8. Norlailawaty Ismail Ahli Pustakawan, S44 Perkhidmatan Perpustakaan

Objektif kumpulan

1. NADIM ditubuhkan untuk mengekal dan menggalak pemikiran kreatif serta keupayaan mencetus teknologi dan sistem baharu yang tidak dijangka.

2. NADIM berperan sebagai pencetus kepada produk baharu dalam dunia digital di Pustaka Negeri Sarawak dan cawangannya.

2.3.5 Pencapaian Kumpulan

Kumpulan NADIM telah menerima anugerah seperti berikut:

1. Satu (1) bintang konvesyen KIK Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada tahun 2017.
2. Anugerah Emas konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah MPC 2019.
3. Anugerah Perak konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan MPC 2019.
4. Intelligent Virtual Assistant (IVA) Competition 2021.

Visi, Misi dan Piagam Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak

Visi Pustaka adalah “Menjadi wadah maklumat dan pengetahuan kepada Negeri Sarawak” manakala misinya pula ialah “Memberi capaian kepada sumber maklumat dan memulihara warisan intelek Negeri Sarawak kepada masyarakat Sarawak”. Piagam pelanggan PUSTAKA adalah:

1. Pertanyaan rujukan dijawab dalam tempoh satu hari bekerja.

2. Transaksi pinjaman dijalankan dalam tempoh satu minit.

3. Pinjaman antara Perpustakaan dikendalikan dalam tempoh 7 hari bekerja.

4. Mengadakan pameran berkaitan sejarah, seni, budaya dan alam semulajadi mengenai negeri Sarawak sekurang-kurangnya sekali pada setiap suku tahunan.

5. Mendapatkan bahan rekod dan arkib yang dimohon daripada repositori dalam tempoh masa 1 hari bekerja.

6. Memastikan permohonan ke atas perkhidmatan pengurusan rekod akan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.

7. Akuan penerimaan aduan pelanggan hendaklah dikeluarkan dlm tempoh satu hari bekerja.

8. Pembelian buku yang diminta oleh pengguna diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.

Kaitan dengan fungsi Pustaka Negeri Sarawak

Fokus PUSTAKA adalah menyediakan maklumat sama ada bercetak atau tidak bercetak kepada segenap lapisan masyarakat yang ada di Sarawak. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, PUSTAKA menekankan semua sumber yang disediakan dapat dicapai dengan cepat, mudah dan berkesan selaras dengan salah satu piagam pelanggan PUSTAKA iaitu memberi akses 24/7 kepada perkhidmatan dalam talian.

Berdasarkan kepada laporan pembentangan petunjuk prestasi penggunaan sumber maklumat dalam talian yang dilanggan oleh PUSTAKA pada setiap tahun, didapati penggunaan dan akses kepada pangkalan data dalam talian amatlah rendah berbanding dengan sumber bercetak. Pada setiap tahun PUSTAKA memperuntukkan perbelanjaan yang besar iaitu sebanyak RM700,000 bagi melanggan pangkalan data. Bagi memastikan sumber maklumat ini digunakan sepenuhnya, pelbagai langkah promosi telah dijalankan untuk memaklumkan kepada pengguna tentang kewujudan dan keberadaan pangkalan data di laman sesawang PUSTAKA, namun begitu penggunaannya masih rendah. Justeru itu, bagi memastikan pangkalan data ini digunakan dengan sepenuhnya, kumpulan NADIM telah sebulat suara untuk memilih permasalahan ini diselesaikan dengan melalui projek ICC.

Kaedah Pemilihan Projek Dan Analisa

Kumpulan NADIM telah menggunakan kaedah brainstorming bersama ahli kumpulan. Bagi mengenalpasti punca masalah, NADIM telah menyenaraikan senarai masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna Pustaka Negeri Sarawak. Senarai Masalah yang dikenalpasti dan punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah seperti berikut:

1. Masalah pengurusan maklumbalas yang tidak efisien dalam aktiviti yang dianjurkan oleh perkhidmatan maklumat di Pustaka Negeri Sarawak. · Produk : Beneficiaries & Partnership satisfaction Rating Form System (BPSRF)

2. Pengurusan sijil yang kurang efisien di Pustaka Negeri Sarawak · Produk : E certificate Management System

3. Masalah penyimpanan fail peribadi staf yang kurang efisien di Pustaka Negeri Sarawak · Produk : Personal staff Management System Fungsi :
● Staf utk check naik pangkat,bersara,
● Ada Case/ tataterib
● Data dapat dakses 24/7 (digital)

4. Masalah pengurusan gambar Pustaka Negeri Sarawak yang kurang efisien · Produk : Photobank

5. Pustakapedia : Tiada platform pengurusan ilmu di Pustaka Negeri Sarawak · Produk : Pustakapedia

6.Penggunaan pangkalan data MyGuru yang rendah di kalangan ahli berdaftar di Pustaka Negeri Sarawak. - produk : Pustaka@School

Empat (4) punca utama masalah yang menjadi penyumbang terbesar iaitu: 1. Kesukaran semasa mengakses 36% 2. Tidak mendaftar sebagai ahli 33% 3. Keahlian tidak diperbaharui 31%

Berdasarkan kepada jadual kekerapan di atas, kumpulan mendapati punca utama kepada masalah projek ini adalah Kesukaran Semasa Mengakses Pangkalan Data PressReader

Pernyataan Sasaran Outcome dan Impak

Berdasarkan analisa-analisa yang telah dibuat, kumpulan NADIM telah bersetuju menetapkan sasaran projek ini iaitu Peningkatan Jumlah Penggunaan Pangkalan Data Press Reader dan Peningkatan Keahlian Berdaftar Pustaka Negeri Sarawak. Secara purata jumlah penggunaan sumber maklumat press reader sebelum penciptaan QR Code FreeDA adalah sebanyak 51%.

Berdasarkan kepada data yang diperolehi dari sistem pengurusan perpustakaan (Angka.sa2) peningkatan ke atas penggunaan kepada press reader dan pertambahan jumlah kepada keahlian berdaftar Pustaka Negeri Sarawak. Dengan adanya sistem FreeDA, pengguna yang berdaftar dapat mengakses dengan mudah dan cepat kepada pangkalan data ini.

Sasaran am atau faedah sampingan yang secara langsung di perolehi dari projek ini adalah peningkatan kepada keahlian baru Pustaka meningkat sebanyak 6.1% berbanding tahun 2020.

Oleh itu, ahli kumpulan juga turut mensasarkan pertambahan ke atas keahlian aktif yang mengakses kepada pangkalan data Press Reader melalui sistem FreeDA.

Tindakan Penyelesaian Projek

Strategi Penyelesaian Kreatif

Kumpulan telah pun berjaya mengenalpasti punca masalah hasil daripada three diagram yang telah digunakan. Oleh itu, kumpulan telah mengenalpasti beberapa idea jalan penyelesaian seperti berikut:

Bil IDEA KETERANGAN IDEA FUNGSI
1. Pintasan akses pangkalan dalam laman sesawang Pustaka Negeri Sarawak Imej pangkalan data diletakan di muka pertama laman sesawang Pengguna boleh mengakses terus kepada pangkalan data yang dikehendaki
2. QR Code FreeDA QR Code boleh diletakan di mana-mana lokasi strategik di Premis Pustaka untuk memudahkan pengguna mengakses kepada pangkalan data.

Ujicuba Projek

Setelah prototaip berjaya disediakan, perlaksanaan ujicuba mula dilaksanakan seperti kronologi berikut:

</tr>
Ujicuba Tarikh Tempat Sasaran Kelemahan Penambahbaikan
1. 16 April 2019 k Pustaka Negeri Sarawak Kakitangan Pustaka ● Compatibility peranti telefon bimbit tidak sesuai

● Pengguna yang telah tamat tempoh keahlian tidak dibenarkan log masuk terus dalam pangkalan data

● Kumpulan membuat tetapan ke atas peranti telefon bimbit pengguna

● Memohon kelulusan pengurusan Pustaka untuk pengecualian pembaharuan keahlian tamat tempoh

2. 23 April 2019 Pustaka Negeri Sarawak Pengguna Pustaka ● Compatibility peranti telefon bimbit tidak sesuai

● Pengguna yang telah tamat tempoh keahlian tidak dibenarkan log masuk
terus dalam pangkalan data ● Pengguna mempunyai denda yang tertunggak disekat untuk mengakses pangkalan
data

● Kumpulan membuat tetapan ke atas peranti telefon bimbit pengguna

● Memohon kelulusan pengurusan Pustaka untuk pengecualian pembaharuan keahlian tamat tempoh
● Menasihati pengguna untuk membayar denda yang tertunggak

3. 28 Julai 2019 Pustaka Negeri Sarawak

Lembaga Amanah Kebajikan Negeri Sarawak
Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak

Pengguna berdaftar ●Ujicuba terakhir ini dilaksanakan menggunakan penambaikan yang telah di buat hasil ujicuba pertama dan kedua ●Sasaran berjaya log masuk ke pangkalan data press reader dan mencadangkan kepada kumpulan untuk memasukan QR Code ke dalam laman sesawang Pustaka bagi memudahkan mereka mengakses sekiranya mereka berada di luar kawasan.