Difference between revisions of "Standard Guidelines for Management of Publication"

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search
(KANDUNGAN)
(KANDUNGAN)
Line 258: Line 258:
 
| <center>100%</center>
 
| <center>100%</center>
 
|}
 
|}
 +
 +
[[File:Lampiran A Guideline Publication1.jpeg|650px]]
 +
 +
[[File:Lampiran A Guideline Publication 2.jpg|650px]]

Revision as of 16:24, 13 December 2022

KANDUNGAN

  1. Pernyataan Polisi
  2. Skop dan Pelaksanaan
  3. Garis Panduan Pemilihan Topik Penerbitan
  4. Garis Panduan Untuk Pelawaan Kertas Cadangan Penerbitan
  5. Garis Panduan Pemantauan Projek Penerbitan
  6. Garis Panduan Pencetakan
  7. Garis Panduan Penyediaan Manuskrip
  8. Kriteria Penilaian Kertas Cadangan Penerbitan
  9. Fasa Pembayaran Projek
  10. Lampiran
  11. Kontrak Persetujuan


No Isi Kandungan Deskripsi
1 Pernyataan Polisi Memperkayakan sumber maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan warisan budaya, tradisi, sejarah dan cerita rakyat Sarawak.
2 Skop dan Pelaksanaan Buku-buku yang diterbit merupakan bahan bacaan coffee table, ringan dan santai
  1. Cerita Rakyat Sarawak (Folklore)
  2. Festival Sarawakiana
  3. Permainan Tradisional Sarawak
  4. Warisan Sejarah Suku Kaum
  5. Warisan Budaya Sarawak
  6. Makanan Tradisional
  7. Kompilasi Karya Penulis Sarawak
  8. Tokoh Sarawak


Setiap Pegawai Pustaka / Penjawat Awam yang terlibat dalam proses penerbitan hendaklah menandatangani Surat Akuan Oleh Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam Penerbitan Kerajaan Negeri(Lampiran A).
Ketua Agensi/KPE hendaklah memastikan semua pegawai yang berkaitan memperbaharui Surat Akuan setiap tahun.

3 Garis Panduan Pemilihan Topik Penerbitan Topik-topik penerbitan akan dipilih bedasarkan input berikut:
  1. Cadangan dan arahan daripada Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak.
  2. Cadangan daripada persatuan-persatuan budaya,pengurusan dan stakeholder.
  3. Tema program-program seperti Festival Sarawakiana dan Pertandingan Warisan Budaya Tempatan.
    *Pengecualian buku-buku yang telah diterbitkan oleh organisasi lain.
4 Garis Panduan Untuk Pelawaan Kertas Cadangan Penerbitan
*Sila rujuk carta aliran di Lampiran B
  1. Setelah topik dikenalpasti, pemilik proses akan mempelawa kertas cadangan daripada penulis-penulis yang berpotensi dan pakar bidang
  2. Apabila kertas cadangan diterima, pemilik proses akan membuat penilaian awal kredibiliti penulis berpandukan kriteria penilaian kertas cadangan penerbitan.
  3. Sekiranya memenuhi kriteria penilaian awal, kertas cadangan akan dikemukakan kepada Learning and Knowledge Creation Division (LKC)
  4. LKC Division akan menyediakan Kertas Kerja untuk dibentangkan kepada Research and Publications Committee untuk kelulusan
  5. Research and Publications Committee akan membuat penilaian akhir dan membuat keputusan sama ada diluluskan atau tidak;
    5.1 Sekiranya diluluskan, pemilik proses akan menyediakan Letter of Appointment (LOA)
    5.2 Sekiranya tidak diluluskan, pemilik proses akan diberitahu untuk menyediakan Letter of Rejection (LOR) dan proses dihentikan
  6. Pemilik proses akan mengemukakan Letter of Appointment (LOA) kepada vendor
    6.1 Sekiranya vendor menerima perlantikan,pemilik proses akan menyediakan draf dokumen kontrak
    6.2 Sekiranya vendor tidak bersetuju, proses dihentikan
  7. Pemilik proses akan mengemukakan draf dokumen kontrak kepada vendor untuk bacaan awal
    7.1 Sekiranya draf dokumen kontrak ada pindaan, penulis akan memaklumkan kepada vendor untuk mengemaskini dokumen kontrak tersebut sehingga kedua-dua pihak mencapai persetujuan
    7.2 Sekiranya tiada pindaan, dokumen kontrak akan dicetak dalam dua salinan untuk ditandatangani oleh pemilik proses dan vendor
  8. Dokumen kontrak akan dimeterai oleh kedua-dua pihak dan dihantar untuk disetem hasilkan.
  9. Salinan pendua dokumen kontrak akan diserahkan kepada vendor dan pemilik proses manakala salinan asal akan diserahkan kepada LKC Division.
  10. LKC Division akan mengemukakan kertas cadangan kepada Jawatankuasa Pembelian Terus (JPT) untuk kelulusan perolehan perkhidmatan.
  11. LKC Division akan memaklumkan pemilik proses untuk memulakan projek.
  12. Pemilik proses akan memohon pembelian perkhidmatan mengikut dokumen kontrak yang telah dimeterai.
5 Garis Panduan Pemantauan Projek Penerbitan
*Sila rujuk carta aliran di Lampiran C
  1. Pemilik proses akan memantau perkembangan projek mengikut fasa seperti yang ditetapkan di dalam dokumen kontrak dan berdasarkan Garis Panduan Penyediaan Manuskrip.
  2. Vendor akan dimaklumkan untuk pembentangan progres projek kepada pihak pengurusan.
  3. Proofreading, reka bentuk dan suntingan akan dibuat pada fasa akhir.
  4. Pemilik proses akan membuat permohonan nombor ISBN dan Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP) daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melalui Sistem Depositori Malaysia.
  5. Vendor akan membuat suntingan akhir dengan memuatkan nombor dan kod jalur ISBN dan PDP.
  6. Bayaran akan dibuat mengikut fasa setelah pihak pengurusan berpuas hati dengan pembentangan.
  7. Bayaran akhir akan dibuat apabila buku sudah lengkap dan diserahkan dalam bentuk master softcopy (bahan berkaitan) dan hardcopy.
  8. Jika ada gambar, ia hendaklah diserahkan dalam bentuk JPEG atau PNG beresolusi sekurang-kurangnya 300 dpi.
  9. Jika ada video, ia hendaklah diserahkan dengan video saiz 1080 HD dalam format .MP4, .AVI dan.MOV.
6 Garis Panduan Pencetakan
*Sila rujuk carta aliran di Lampiran D
  1. Pemilik proses akan mengemukakan dummy kepada pencetak untuk mendapatkan sebut harga bagi pencetakan.
  2. Pemilik proses akan menyediakan kertas cadangan Jawatankuasa Pembelian Terus (JPT) untuk kelulusan bayaran pencetakan.
  3. Pemilik proses akan memohon pembelian perkhidmatan untuk bayaran kepada vendor.
  4. Bilangan yang akan dicetak adalah 300 naskhah (minimum) dan 500 (maksimum) tertakluk pada peruntukan.
  5. Harga jualan satu naskhah akan ditetapkan pada kadar 20% lebih tinggi daripada kos asal penerbitan.


7. Garis Panduan Penyediaan Manuskrip

No Isi Kandungan Deskripsi
7.1 Tujuan
  1. Memastikan penulis/penyelidik menghasilkan manuskrip yang bermutu dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Pustaka Negeri Sarawak.
  2. Penulis/penyelidik mengetahui dan memahami keperluan dan perkara-perkara penting dalam sesebuah penerbitan buku.
7.2 Tiga Bahagian Utama Buku:
  1. Bahagian Bahan Awalan
  2. Bahagian Bahan Teks
  3. Bahagian Bahan Akhiran
7.3 Bahagian Bahan Awalan
  1. Bahagian ini mengandungi maklumat tentang penerbit, penulis, hak cipta dan buku.
  2. Tiga bahan utama yang wajib disediakan oleh penulis ialah halaman judul separa dan halaman judul penuh, verso, muka surat kandungan dan prakata.
  3. Kata pengantar dan penghargaan disediakan jika perlu.
  4. Senarai gambar/ilustrasi/jadual perlu disediakan untuk buku- buku ilmiah.
7.4 Bahagian Bahan Teks
  1. Setiap tajuk bab - bermula di halaman baharu.
  2. Tajuk pecahan/ pemeringkatan/ penomboran.
  3. Teks penulisan.
  4. Petikan/sumber rujukan perlu dibuat menggunakan stail APA/MLA.
  5. Jadual.
  6. Ilustrasi (gambar foto, lukisan, kapsyen dan label).
7.4.1 Tajuk/Subtajuk dan Pecahan Tajuk

Cara untuk membuat subtajuk dan pecahan tajuk:

1) PARAS A 12 POIN ALL CAPS BOLD
2) Paras B 12 Poin Caps & lower case Bold
3) Paras C 12 Poin Caps & lower case Italic Bold
4) PARAS D 12 POIN ALL CAPS MEDIUM
5) Paras E 10 Poin Caps & Italic Medium
7.4.2 Penomboran Teks

Penomboran senarai bahan dalam teks boleh dibuat sama ada dengan menggunakan nombor arab, huruf roman, nombor roman, atau simbol. Semua nombor dan huruf ini, kecuali simbol, sebaik-baiknya mempunyai tanda kurung contohnya:
1. …..

(a)…..
(i)…..


2.

(a)…..
(i)…..
7.4.3 Sumber Rujukan atau Penghargaan Untuk satu penulisan pentingnya ada sumber rujukan dan perlu dinyatakan supaya tidak berlaku tuntutan dari pihak lain/pihak ketiga.
7.4.4 Rajah dan Jadual Rajah Jadual.jpg
7.4.5 Format Penulisan Manuskrip
  1. Taip langkau 2 baris (double spacing)
  2. Set imbang (Justify) teks.
  3. Gunakan saiz 12 poin Arial/Times
  4. Ensot (indent) pada permulaan teks pada perenggan kedua (selepas tajuk/subtajuk).
  5. Setiap fail bab mengandungi 15-20 halaman.
7.4.6 Jumlah Halaman Manuskrip
Jenis Buku Halaman
Buku umum

150 -250 halaman(termasuk rajah/foto)
contoh : manuskrip asal → 204 hlm

buku → 178 hlm
Buku ilmiah 300 – 400 halaman (termasuk rajah/foto)
Buku bergambar 30% teks, 70% gambar
7.5 Bahagian Bahan Akhiran Diletakkan selepas teks atau bab akhir

Letakkan bahan akhiran ikut susunan:

  1. Glosari
  2. Bibliografi
  3. Indeks
7.5.1 Glosari Glosari penting terutamanya kajian tempatan banyak menggunakan bahasa suku kaum. Disediakan oleh penulis di belakang buku. Untuk menerangkan tentang bahasa yang digunakan.
  1. Senarai istilah yang digunakan untuk memhami teks
  2. Disusun mengikut abjad (A-Z)
7.5.2 Bibliografi Bahan yang dirujuk untuk membolehkan pembaca mencari bahan tersebut. Maklumat dan susunannya akan mengikut format sitasi APA/MLA.
7.5.3 Indeks
  1. Memudahkan pembaca mencari maklumat dalam teks.
  2. Setiap buku ilmiah/umum harus mempunyai indeks.
  3. Penulis bertanggungjawab menyediakan indeks.
  4. Indeks disediakan selepas pruf aktif disahkan.
  5. Indeks boleh terdiri daripada kata dan rangkai kata.
7.5.4 Blurp Blurp biasanya ditulis oleh editor tapi sebaiknya kalau ditulis oleh penulis.
  1. Maklumat pengiklanan yang terdapat pada kulit belakang buku.
  2. Pengiklanan khusus yang memerihalkan buku dan penulis secara ringkas.

Menonjolkan keistimewaan buku dan ketokohan penulis.


8.Kriteria Penilaian Kertas Cadangan Penerbitan

Kriteria Penilaian Deskripsi Peratusan (%)
Penulis/Penyelidik
  1. Kelayakan akademik (Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah).
  2. Bidang kepakaran.
  3. Pengalaman penulisan.
  4. Biodata penuh disertakan.
25%
Kesesuaian
  1. Kesesuaian kertas cadangan berbanding topik.
50%
Jumlah Karya yang Diterbitkan
  1. Karya yang diterbitkan di Sarawak.
  2. Karya yang diterbitkan di peringkat kebangsaan.
  3. Karya yang diterbitkan di peringkat antarabangsa.
  4. Karya yang diterbitkan lebih dari satu bahasa.
50%
Bilangan Pembentangan Projek
  1. Pembentangan di peringkat negeri.
  2. Pembentangan di peringkat kebangsaan.
  3. Pembentangan di peringkat antarabangsa.
  4. Pembentangan lebih dari satu bahasa.
10%
Jangka Masa
  1. 6 hingga 10 bulan.
5%
Jumlah Markah
100%


9. Fasa Pembayaran Projek

Fasa Pembayaran Deskripsi Peratusan (%)
Fasa 1
  1. Penyiapan pengumpulan data.
25%
Fasa 2
  1. Penulisan peringkat.
  2. 50% penulisan siap ditulis.
25%
Fasa 3
  1. 100% penulisan siap ditulis.
  2. Reka bentuk awal disiapkan.
  3. Semakan dengan subject matters expert.
25%
Fasa 4
  1. Suntingan siap.
  2. Draf reka bentuk akhir siap dan diterima oleh Pustaka.
25%
Jumlah Peratus
100%

Lampiran A Guideline Publication1.jpeg

Lampiran A Guideline Publication 2.jpg