Difference between revisions of "T-Hang Mobile"

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search
(Created page with "{| style="float:right; margin-right:10px" | 250px |} Projek ''T-Hang Mobile'' diilhamkan daripada kerja-kerja penggantungan lukisan oleh staf di Unit Pen...")
 
(No difference)

Latest revision as of 09:41, 28 April 2021

THang1.png

Projek T-Hang Mobile diilhamkan daripada kerja-kerja penggantungan lukisan oleh staf di Unit Pengurusan Bangunan dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (Unit Sarawakiana) Pustaka Negeri Sarawak, Miri. Setakat ini, terdapat sebanyak 170 buah lukisan berada di dalam koleksi Sarawakiana Pustaka Negeri Sarawak, Miri. Lukisan-lukisan yang terdapat dalam koleksi ini digantung dan ditukar lokasi sebanyak satu (1) kali setahun untuk dipamerkan kepada umum. Acap kali apabila hendak menggantung lukisan-lukisan ini, sekurang-kurangnya empat (4) hingga lima (5) orang diperlukan untuk menggantung sebuah lukisan yang pelbagai saiz. Tempoh masa yang diambil untuk menggantung sebuah lukisan adalah selama lebih kurang 11 minit. Disebabkan menggunakan tenaga pekerja yang ramai dan mengambil masa yang lama untuk menggantung sesebuah lukisan, maka tercetusnya idea untuk mencipta/menghasilkan satu alat bagi memudahkan proses menggantung lukisan yang tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai serta menjimatkan masa iaitu T-Hang MobileItalic text.

T-Hang Mobile adalah peralatan yang direkacipta untuk menggantung lukisan ternyata telah memudahkan kerja-kerja tersebut. Beberapa percubaan telah dilaksanakan dan terbukti ia berjaya memendekkan tempoh proses tersebut. T-Hang Mobile mempunyai ciri-ciri pengimbangan yang stabil, keselamatan, mudah alih, ringan, kos yang murah dan mampu milik.

THang.png

T-Hang Mobile boleh diterangkan sebagai :

  • T – Hang = Alat berbentuk huruf T bagi memudahkan kerja menggantung bingkai lukisan/lukisan berbingkai
  • Mobile = Mudah alih






Hasil Projek

Jangka masa panjang

  1. Dengan adanya T-Hang Mobile kerja-kerja penggantungan koleksi lukisan yang biasanya mengambil masa tiga (3) jam sehari selama lima (5) hari waktu bekerja dapat dipendekkan kepada tiga (3) jam sehari selama tiga (3) hari waktu bekerja sahaja serta penglibatan bilangan kakitangan dapat dikurangkan dari empat (4) orang kepada dua (2) orang sahaja. Oleh itu, kakitangan Pustaka dapat menggunakan masa selebihnya bagi melaksanakan kerja hakiki bagi memantapkan organisasi.
  2. Menambah nilai hasil pengeluaran T-Hang Mobile dengan menggunakan khidmat kepakaran luar untuk dikomersilkan dan kemudian dijual dengan harga yang berpatutan. Sasaran pelanggan adalah dari perpustakaan, galeri lukisan, hotel dan muzium. Menambah hasil untuk organisasi dan juga kumpulan MyQ.

Jangka masa pendek

  1. T-Hang Mobile memudahkan proses penggantungan, oleh yang demikian Pustaka dapat menambah bilangan koleksi lukisan yang digantung di premis Pustaka. Dengan ini, Unit Sarawakiana dapat menambah koleksi-koleksi lukisan dengan membeli koleksi dari artis-artis Sarawak sebagai menyokong industri seni halus.
  2. Mengurangkan penggunaan alatan yang biasa digunakan untuk menggantung lukisan antaranya ialah pita ukur, tali untuk mengukur keselarian gambar dan pensel untuk menanda di dinding. Boleh mengurangkan juga kekotoran kesan tanda di dinding.
  3. Mengurangkan risiko bahaya dan risiko kecederaan ketika menggantung lukisan.