Difference between revisions of "Penguatkuasaan Kesedaran Penyerahan Bahan-Bahan Terbitan"
(Created page with "==Pengenalan== Pustaka Negeri Sarawak telah memulakan aktiviti penguatkuasaan di bawah Unit Penyerahan Bahan-bahan Terbitan, Sektor Perkhidmatan Depositori sejak awal penubuha...") |
(No difference)
|
Latest revision as of 14:27, 4 May 2021
Pengenalan
Pustaka Negeri Sarawak telah memulakan aktiviti penguatkuasaan di bawah Unit Penyerahan Bahan-bahan Terbitan, Sektor Perkhidmatan Depositori sejak awal penubuhan Pustaka Negeri Sarawak iaitu pada tahun 2000 sehingga sekarang. Taklimat penguatkuasaan diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penulis dan penerbit tempatan tentang keperluan di bawah akta dan ordinan yang telah ditetapkan. Sarawak State Library Ordinance,1999 (Cap.29), telah menetapkan bahawa setiap bahan yang diterbitkan di Sarawak hendaklah diserahkan kepada Pustaka Negeri Sarawak. Melalui peranan dan fungsi yang telah termaktub di dalam ordinan tersebut, pelbagai inisiatif telah diambil oleh Unit Penyerahan Bahan-bahan Terbitan sejak penubuhan Pustaka Negeri Sarawak yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan menyerahkan bahan-bahan terbitan serta tanggungjawab mereka terhadap usaha dalam memelihara dan memulihara bahan-bahan terbitan di Sarawak. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di bawah program kesedaran penyerahan bahan-bahan terbitan adalah penguatkuasaan, taklimat, seminar dan lawatan semula ke agensi atau penerbit yang tidak aktif membuat serahan bahan.
Objektif Penguatkuasaan
- Memberi penerangan dan kefahaman tentang keperluan, faedah dan implikasi Kegiatan Serahan Bahan (Legal Deposit).
- Meningkatkan kesedaran tentang perlunya terbitan Negeri Sarawak dikumpul untuk dipelihara sebagai warisan intelek bangsa.
- Menjalin kerjasama di kalangan penerbit dan Pustaka Negeri Sarawak serta tanggungjawab mereka terhadap keperluan yang termaktub di bawah perundangan yang berkaitan.
- Memberi penjelasan tentang peranan Pustaka Negeri Sarawak sebagai Pusat Serahan Negeri.
Aktiviti Penguatkuasaan
A. Skop Tugas
Unit Penyerahan Bahan-bahan Terbitan, Bahagian Sarawakiana telah dipertanggungjawabkan dalam menjalankan aktiviti kesedaran dan penguatkuasaan berkaitan dengan penyerahan bahan terbitan di negeri Sarawak. Aktiviti penguatkuasaan dan kesedaran adalah meliputi seluruh bahagian di negeri Sarawak.
B. Penguatkuasaan Kesedaran Penyerahan Bahan-bahan Terbitan
Penyerahan bahan terbitan merupakan satu keperluan di bawah undang-undang yang memperuntukkan setiap penulis dan penerbit menyerahkan bahan terbitan mereka kepada pusat serahan negeri di mana bahan tersebut diterbitkan. Di Malaysia hanya terdapat dua Pusat Serahan utama bagi bahan terbitkan iaitu Pustaka Negeri Sarawak dan Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Keperluan penyerahan bahan-bahan terbitan adalah tertakluk di bawah peruntukan undang-undang seperti berikut:
1. Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, 1986 (Akta 331), Perpustakaan Negara Malaysia bagi bahan yang diterbitkan di seluruh Malaysia.
2. Sarawak State Library Ordinance,1999 (Cap.29), bagi bahan yang diterbitkan di Sarawak.
KEGAGALAN penerbit atau penulis menyerahkan bahan-bahan terbitan di bawah kedua - dua peruntukan undang-undang ini, adalah merupakan satu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan, penerbit boleh dikenakan Denda:
1. Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (AKTA 331)
- Tidak melebihi RM3,000 bagi setiap penerbitan
2. Seksyen 15, Sarawak State Library Ordinance, 1999
- Tidak melebihi RM3,000 bagi setiap penerbitan