I-Nunjok
Projek ini diilhamkan daripada soalan-soalan yang kerap diterima daripada pengguna terutama pengunjung yang baharu atau pertama kali menjejakkan kaki ke Pustaka Negeri Sarawak,Miri. Begitu juga para pekerja dan kakitangan agensi atau syarikat lain yang datang untuk urusan rasmi, peserta yang datang untuk menghadiri ceramah atau program serta aktivti lain yang dijalankan.
Kumpulan KIK i-Legion dari Pustaka Miri menyedari sememangnya setiap organisasi Kerajaan dan swasta serta premis-premis perniagaan semestinya mempunyai direktori atau pelan lokasi masing-masing.Kumpulan ini ingin membuat kelainan dengan membuat inovasi mencipta direktori interaktif di bangunan Pustaka Miri.
Dengan itu,maka terhasillah inovasi i-Nunjok (Interaktif direktori) yang mereka ciptakan bagi membantu pengunjung untuk mendapatkan informasi arah tuju lokasi yang ingin dikunjungi. Inovasi i-Nunjok membantu pengunjung untuk mendapatkan informasi arah tuju lokasi yang mereka ingin kunjungi. Para pengujung hanya perlu menggunakan paparan aplikasi yang kami sediakan dihadapan pintu masuk utama bangunan Pustaka Miri. Dengan adanya projek i-Nunjok, memudakan lagi para pengunjung untuk mengakses lokasi yang mereka ingin kunjung tanpa menunggu lama untuk mendapatkan bantuan staf. Pengguna hanya perlu menggunakan ciptaan inovasi kami dan maklumat lokasi mudah untuk mereka kunjungi.
Penghasilan i-Nunjok menggunakan seratus perastus perisian percuma dari internet. Perisian ini membolehkan kumpulan i-Legion menghasilkan direktori interaktif daripada direktori konvensional yang sedia ada. Perisian ini mengandungi ciri-ciri yang menepati produk kumpulan ini. Perisian ini membolehkan kumpulan i-Legion memuatnaik video sebagai petunjuk arah dan menjadikan produk ini lebih mesra pengguna dan dapat melahirkan individu yang peka dengan kemodenan teknologi masa kini.
Kesan yang paling ketara terhadap projek ini adalah memudahkan proses mengakses lokasi dalam bangunan terutama pengunjung dan pengguna yang baru menjejakankan kaki ke Pustaka Negeri Sarawak, Miri. Risiko aduan dari pengguna akibat menunggu lama untuk mendapatkan bantuan staf juga berkurangan. Ini menjimatkan masa pengguna, pengunjung dan staf. Selain itu,ini juga memberi impak yang positif terhadap organisasi kerana produk ini menepati kehendak dan piawaian pengguna.
Produk ini juga telah menarik minat Institute Of Brunei Technical Education untuk diaplikasikan di Institusi mereka.