Norzihan Abdullah
Revision as of 09:37, 12 March 2020 by Ghanabdullah (talk | contribs) (Created page with "Saya dilahirkan pada 12 November 1979 di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Dibesarkan di Kampung Semarang, Petra Jaya Kuching Sarawak. Memulakan persekolahan di Tabika Kemas Kam...")
Saya dilahirkan pada 12 November 1979 di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Dibesarkan di Kampung Semarang, Petra Jaya Kuching Sarawak. Memulakan persekolahan di Tabika Kemas Kampung Pulo seterusnya di SK Pulo, Kampung Semarang pada Darjah 1 dan Darjah 2 hingga ke darjah 6 berpindah ke SRB St. Theresa Padungan. Pada Tingkatan 1 pula saya menyambung persekolahan di SMB St. Teresa, Kuching. Pada Tingkatan 2, kamek sekeluarga berpindah ke Daerah Sarikei dan saya menyambung persekolahan di SMB St. Anthony, Sarikei. Pada Tingkatan 4 pula saya kembali ke Bandaraya Kuching untuk menyambung bidang Katering di SM Vokasional, Batu Lintang, Kuching.