Records Management Audit Assessment System (RMAAS)
Pengenalan
RMAAS merupakan inisiatif Pustaka Negeri Sarawak dalam membantu jabatan atau agensi kerajaan bagi menjalankan penilaian kendiri sebelum program inspektorat Anugerah Penilaian dan Penghargaan Pengurusan Rekod Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dijalankan secara fizikal di organisasi tersebut. Selain itu, Pustaka Negeri Sarawak adalah komited untuk terus membudayakan tadbir urus pengurusan rekod terbaik di jabatan atau agensi kerajaan bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Objektif:
- Meningkatkan kesedaran dan kefahaman di dalam pentadbiran organisasi berkenaan amalan pengurusan rekod yang terbaik dan berkesan bagi kelancaran operasi seharian jabatan.
- Memberi pengiktirafan kepada organisasi di atas usaha dan inisiatif dalam melaksanakan keperluan seperti yang disarankan menerusi perundangan dan garis panduan berkaitan pengurusan rekod.
- Mendorong organisasi untuk lebih gigih berusaha dan bersemangat untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam perlaksanaan amalan pengurusan rekod di jabatan.