MyQ (KiK)

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search

Ringkasan Projek (PM-Spec Tahun 2023)

Projek ini merupakan hasil kerjasama semua ahli dalam Kumpulan MyQ bagi menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada iaitu Polisi Pinjaman Perkhidmatan Penggunaan Bahan Koleksi Khas. Cadangan penambahbaik ini wujud disebabkan akses kepada bahan tersebut adalah terhad dan proses pinjaman rujukan yang agak panjang. Selain itu, antara punca-punca lain yang menyebabkan permasalahan ini adalah disebabkan koleksi bahan tidak dibenarkan untuk pinjaman luar, keadaan fizikal bahan (mudah koyak, mahal, kos yang tinggi untuk penyelenggaraan), waktu operasi yang terhad dan tujuan pemuliharaan bahan. Sebagai langkah inovasi, kumpulan KIK MyQ telah mewujudkan satu platform yang dinamakan Pustaka, Miri – Special Collection (PM-SpeC) di mana ia memudahkan pengguna untuk mengakses kepada bahan koleksi khas secara atas talian dan proses pinjaman juga lebih cepat. Dengan pelaksanaan projek ini, ia memberikan imej yang baik kepada jabatan dalam memberikan perkhidmatan. Pengguna boleh mengakses kepada bahan koleksi khas bila-bila masa dengan adanya perkhidmatan internet. Selain itu, pengguna juga tidak perlu hadir secara fizikal bagi tujuan pinjaman rujukan. Beban tenaga kerja juga dapat dikurangkan kerana semua proses adalah melalui sistem. Pengguna juga tidak perlu menunggu untuk mendapatkan bahan koleksi.


MyQ kump.png

Members

1. Mohamad Bakthiar Bin Supardi
2. Azriana Enna Binti Bong
3. Abdul Aziz Bin Hj. Bujang
4. Lilian Baun Pulo
5. Affendi Bin Iezara
6. Masni Abdullah
7. Hisham Bin Mohamed
8. Mohamad Rasyeddin bin Abdul Karim


Motto

  • Let's Quality

Past Projects

  • 2023 - PM-SpeC
  • 2019 - T-Hang Mobile

The Awards

Lists of awards:

Achievements

  • Menyertai ICC Peringkat Jabatan Premier Sarawak - Tahun 2023