MyQ (KiK)

From PustakaPedia
Revision as of 15:35, 29 April 2024 by Mohamark (talk | contribs) (Achievements)
Jump to: navigation, search

Ringkasan Projek (PM-Spec Tahun 2023)

Projek ini merupakan hasil kerjasama semua ahli dalam Kumpulan MyQ bagi menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada iaitu Polisi Pinjaman Perkhidmatan Penggunaan Bahan Koleksi Khas. Cadangan penambahbaik ini wujud disebabkan akses kepada bahan tersebut adalah terhad dan proses pinjaman rujukan yang agak panjang. Selain itu, antara punca-punca lain yang menyebabkan permasalahan ini adalah disebabkan koleksi bahan tidak dibenarkan untuk pinjaman luar, keadaan fizikal bahan (mudah koyak, mahal, kos yang tinggi untuk penyelenggaraan), waktu operasi yang terhad dan tujuan pemuliharaan bahan. Sebagai langkah inovasi, kumpulan KIK MyQ telah mewujudkan satu platform yang dinamakan Pustaka, Miri – Special Collection (PM-SpeC) di mana ia memudahkan pengguna untuk mengakses kepada bahan koleksi khas secara atas talian dan proses pinjaman juga lebih cepat. Dengan pelaksanaan projek ini, ia memberikan imej yang baik kepada jabatan dalam memberikan perkhidmatan. Pengguna boleh mengakses kepada bahan koleksi khas bila-bila masa dengan adanya perkhidmatan internet. Selain itu, pengguna juga tidak perlu hadir secara fizikal bagi tujuan pinjaman rujukan. Beban tenaga kerja juga dapat dikurangkan kerana semua proses adalah melalui sistem. Pengguna juga tidak perlu menunggu untuk mendapatkan bahan koleksi.

Logo Rasional

Myq3.jpg
* Perisai  berbentuk segi empat melambangkan sebuah organisasi yang bersatu, berusaha untuk satu tujuan dan merangkumi kekuatan semua ahli kumpulan. 
* Warna latar hijau ‘Turquoise’ adalah warna korporat Pustaka, melambangkan ilmu yang tiada hadnya ibarat langit dan lautan. 
* Huruf ‘Q’ melambangkan kualiti melalui pengurusan ilmu (knowledge management), serta penghasilan inovasi  yang bermutu  berteraskan  kecemerlangan. 
* Logo Pustaka melambangkan Pustaka Negeri Sarawak sebagai penaung Kumpulan MyQ dan usaha-usaha kualiti adalah untuk Pustaka. 
* Moto MyQ; Let’s Quality berwarna ‘Turquoise’ melambangkan kekayaan ilmu dan informasi. 

Members

MyQ kump.png

1. Mohamad Bakthiar Bin Supardi
2. Azriana Enna Binti Bong
3. Abdul Aziz Bin Hj. Bujang
4. Lilian Baun Pulo
5. Affendi Bin Iezara
6. Masni Abdullah
7. Hisham Bin Mohamed
8. Mohamad Rasyeddin bin Abdul Karim


Past Projects

The Awards

Lists of awards:

Achievements

  • Menyertai ICC Peringkat Jabatan Premier Sarawak dan mendapat penganugerahan 1 Bintang - Tahun 2023
  • Menyertai Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan mendapat penganugerahan 1 bintang - Tahun 2017