Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

From PustakaPedia
Revision as of 11:19, 6 September 2024 by Nazarir77 (talk | contribs)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search


Pada tahun 2010, kerajaan telah memperkenalkan Program Amalan 5S di sektor awam bagi mewujudkan suasana kerja yang berkualiti dan sistematik di sesebuah organisasi. Selaras dengan itu, untuk menyokong pelaksanaan program tersebut, Panduan Amalan 5S Sektor Awam dikeluarkan oleh kerajaan pada 19 Mei 2010 sebagai rujukan agensi di sektor awam untuk meningkatkan kualiti dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan khususnya kepada kumpulan sasar.
Seiring dengan peredaran semasa, Program Amalan 5S telah dijenamakan semula dan ditambah baik pada tahun 2014 dan dikenali sebagai EKSA. Program EKSA ini memberi penekanan kepada aspek persekitaran tempat kerja yang kondusif yang boleh menyumbang kepada peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan produktiviti. Sebanyak lima elemen baharu diperkenalkan melalui pelaksanaan EKSA iaitu;

  • Imej korporat
  • Kreativiti dan inovasi
  • Amalan hijau
  • Persekitaran kondusif dan produktif
  • Kepelbagaian agensi


Jawatankuasa Penggerak Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pustaka Negeri Sarawak mula ditubuhkan pada 2 Januari 2024.

Dasar EKSA Pustaka

Amalan EKSA menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran kondusif secara holistik dalam pelan perancangan EKSA untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang efisien serta menjadi tempat wadah maklumat dan pengetahuan di samping memberi capaian kepada sumber maklumat dan memelihara warisan intelek Negeri Sarawak.


Objektif

1. Budaya kerja berpasukan – Memupuk budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga Pustaka sepanjang tahun
2. Perkhidmatan Berkualiti – Memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan piagam Pustaka
3. Program Kesedaran EKSA - Meningkatkan program kesedaran amalan EKSA di tempat kerja sekurang-kurangnya 4 kali setahun


Slogan:

“Kelestarian persekitaran kondusif, perkhidmatan berkualiti”

Logo:

Logo EKSA.jpeg

  • Pemilihan warna Hijau mewakili amalan hijau dan turquoise mewakili Pustaka melambangkan Pustaka sebagai institusi yang mengamalkan amalan hijau
  • Huruf K dengan element logo PUSTAKA dimana diletakkan besebelahan huruf e (mewakili EKSA) menandakan bahawa PUSTAKA bergerak seiring matlamat dan tujuan sebenar EKSA
  • Huruf e berdaun mewakili EKSA dan juga Earth
  • Bulatan Hijau berdaun mengelilingi tulisan eksa bermaksud EKSA dan Pustaka bekerjasama dan menyokong amalan hijau yang kondusif


Jawatankuasa Penggerak EKSA Pustaka Negeri Sarawak 2024-2026

Penaung / Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA : Tuan Haji Japri Bujang Masli

People03.png Kuching People03.png Miri People03.png Sibu
Fasilitator
  • Suria Sonia Ahip Abdullah
  • Razak Rambili
  • Fairul Azli Banchit
Penyelaras
  • Nurfatini Apandi
  • Nurjannah Tuwah
  • Nurrul Azzila Abdul Rasid
Jawatankuasa Promosi
  • Norzihan Abdullah (Ketua)
  • Muhd Qhairulhafiz Endera
  • Freddy Lanyau
  • Flin Lovinia Hussein
  • Cynthia Fabian(Ketua)
  • Jamilah Juli
  • Mohd Awis Abu Bakar
  • Mohd Rasyeddin Abd. Karim
  • Awang Ahmad Muqri(Ketua)
  • Karen Angelina
  • Mohd Feizul Median
  • Mohd Azharulnizam Azman
Jawatankuasa Audit
  • Seigneorie Hassan (Ketua)
  • Mohd Khadzrie Mohd Ramzie Faizal
  • Mohd Nazari Razali
  • Siti Khairunnisa Rosli
  • Noranita Kerim
  • Mohd Bakhtiar Supardi(Ketua)
  • Nur Alia Qaytrina Sim Abdullah
  • Norayah Adenan
  • Suhaila Mat
  • Cindy Ikum(Ketua)
  • Bibiana Nain
  • Matilda Lenta
  • Nurfarathul Aqma Julani
Jawatankuasa Latihan
  • Nur Asikin Ahmad (Ketua)
  • Khuzainah Khalid
  • Marlini Madahar
  • Emmyleya Kayan(Ketua)
  • Norfadila Sukardi
  • Marilyn Albert Matu
  • Hafizi Japar
  • Azlan Salihi(Ketua)
  • Nurrini Esmani
  • Fiona Ravia Asing
  • Nur Amanina Mastani