Pengurusan penilaian pembekal yang kurang efektif dan efisien
Contents
Latar Belakang Kumpulan
Latar Belakang Kumpulan
- Kumpulan Inovatif dan Kreatif NADIM terdiri daripada lapan (8) orang ahli yang telah dilantik dalam tahun 2022 melalui pencalonan daripada setiap Ketua Sektor yang dipersetujui oleh Ketua Jabatan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak.
Ahli Kumpulan NADIM adalah terdiri pegawai seperti dalam Jadual 2: Biodata ahli kumpulan.
Ahli Kumpulan
Bil | Nama Ahli | Peranan | Jawatan | Sektor |
---|---|---|---|---|
1. | Puspa Diana Jawi | Ketua Kumpulan | Pustakawan,S41 | Pustaka Institut |
2. | Nur Nadhirah Frida | Setiausaha | Pembantu Pustakawan,S22 | Perkhidmatan Perpustakaan |
3. | Nurfazirah Arzmi | Ahli | Pembantu Pustakawan,S19 | Perkhidmatan Perpustakaan |
4. | Masni Morshidi | Ahli | Pembantu Tadbir,P/O22 | Pengurusan Korporat |
5. | Musa Ayub | Ahli | Pegawai Tadbir, N41 | Pustaka Institut |
6. | Mohamad Aizat Ajis | Ahli | Pustakawan, S41 | Perkhidmatan Depositori |
7. | Syahirunnisaa Aminah Ruzainah binti Mat Samoin | Ahli | Penolong Akauntan, W29 | Pengurusan Korporat |
Definisi Projek
“Pengurusan penilaian pembekal yang kurang efektif dan efisien”
Pengenalan Ke Atas Permasalahan
● Tiada rekod penilaian pembekal yang boleh diakses atau dirujuk
● Tiada rujukan berpusat di Pustaka
Impak : Risiko untuk Pustaka memilih pembekal yang bermasalah atau tidak memenuhi kriteria. Bukti : Kebiasaan mengambil pembekal yang sama walaupun dikenali bermasalah.
Justifikasi Pemilihan Pemasalahan Dan Penetapan Sasaran Projek
Berdasarkan Matriks Berkriteria Masalah “Pengurusan penilaian pembekal yang kurang efektif dan efisien” telah terpilih kerana mendapat markah tertinggi berdasarkan kriteria KPI, melibatkan pelanggan luar serta melibatkan imej jabatan. Projek yang dipilih adalah berkaitan dengan pematuhan kepada Tatacara Perolehan Badan-Badan Berkanun Negeri Sarawak
Kumpulan NADIM menetapkan sasaran untuk memastikan rekod penilaian pembekal dapat dakses dimana-mana Sahaja dan bila-bila masa yang diperlukan tanpa perlu berada di pejabat. Kerana ianya mempercepatkan proses daripada 4 hari kepada 1 hari semasa membuat penilaian dan menjimatkan masa untuk menilai kontraktor daripada 4 jam ke 30 minit.
Mengenalpasti Punca Masalah
Sasaran Paling Mungkin
Berdasarkan Analisa Punca Masalah serta bukti yang telah disahkan berikut adalah senarai punca paling mungkin : 1. Tiada Latihan Formal disediakan 2. Tiada rekod penilaian pembekal yang boleh diakses atau dirujuk. 3. Tiada sistem berpusat untuk penilaian pembekal. 4. Tiada garis paduan penilaian pembekal.