Pengurusan penilaian pembekal yang kurang efektif dan efisien

From PustakaPedia
Revision as of 14:32, 26 September 2024 by Effa (talk | contribs) (Latar Belakang Kumpulan)
Jump to: navigation, search

Latar Belakang Kumpulan

Logonadim.jpg
  • Kumpulan Inovatif dan Kreatif NADIM terdiri daripada tujuh (7) orang ahli yang telah dilantik dalam tahun 2022 melalui pencalonan daripada setiap Ketua Sektor yang dipersetujui oleh Ketua Jabatan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak.
    Ahli Kumpulan NADIM adalah terdiri daripada pegawai seperti dalam jadual berikut.

Ahli Kumpulan

Bil Nama Ahli Peranan Jawatan Sektor
1. Puspa Diana Jawi Ketua Kumpulan Pustakawan,S41 Pustaka Institut
2. Nur Nadhirah Frida Setiausaha Pembantu Pustakawan,S22 Perkhidmatan Perpustakaan
3. Nurfazirah Arzmi Ahli Pembantu Pustakawan,S19 Perkhidmatan Perpustakaan
4. Masni Morshidi Ahli Pembantu Tadbir,P/O22 Pengurusan Korporat
5. Musa Ayub Ahli Pegawai Tadbir, N41 Pustaka Institut
6. Mohamad Aizat Ajis Ahli Pustakawan, S41 Perkhidmatan Depositori
7. Syahirunnisaa Aminah Ruzainah binti Mat Samoin Ahli Penolong Akauntan, W29 Pengurusan Korporat

Definisi Projek

“Pengurusan penilaian pembekal yang kurang efektif dan efisien”

Pengenalan Ke Atas Permasalahan


● Tiada rekod penilaian pembekal yang boleh diakses atau dirujuk
● Tiada rujukan berpusat di Pustaka

Impak : Risiko untuk Pustaka memilih pembekal yang bermasalah atau tidak memenuhi kriteria. Bukti : Kebiasaan mengambil pembekal yang sama walaupun dikenali bermasalah.

Justifikasi Pemilihan Pemasalahan Dan Penetapan Sasaran Projek

Berdasarkan Matriks Berkriteria Masalah “Pengurusan penilaian pembekal yang kurang efektif dan efisien” telah terpilih kerana mendapat markah tertinggi berdasarkan kriteria KPI, melibatkan pelanggan luar serta melibatkan imej jabatan. Projek yang dipilih adalah berkaitan dengan pematuhan kepada Tatacara Perolehan Badan-Badan Berkanun Negeri Sarawak

Kumpulan NADIM menetapkan sasaran untuk memastikan rekod penilaian pembekal dapat dakses dimana-mana Sahaja dan bila-bila masa yang diperlukan tanpa perlu berada di pejabat. Kerana ianya mempercepatkan proses daripada 4 hari kepada 1 hari semasa membuat penilaian dan menjimatkan masa untuk menilai kontraktor daripada 4 jam ke 30 minit.

Mengenalpasti Punca Masalah


Tulang ikan.jpg

Sasaran Paling Mungkin

Berdasarkan Analisa Punca Masalah serta bukti yang telah disahkan berikut adalah senarai punca paling mungkin : 1. Tiada Latihan Formal disediakan 2. Tiada rekod penilaian pembekal yang boleh diakses atau dirujuk. 3. Tiada sistem berpusat untuk penilaian pembekal. 4. Tiada garis paduan penilaian pembekal.

Prototaip Sistem

Sistem.jpg