Anugerah Perpustakaan Premier Sarawak

From PustakaPedia
Revision as of 15:05, 28 March 2025 by Musaaar (talk | contribs)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search

Pengenalan

Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh kerajaan, institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan menyediakan pelbagai fungsi dan keperluan, bukan hanya tempat untuk membaca dan meminjam buku, tetapi juga pusat pembangunan masyarakat dengan tumpuan terhadap pendidikan akar umbi, pembudayaan dan pembangunan ekonomi.
Banyak isu-isu yang melibatkan kekurangan peruntukan untuk membeli sumber maklumat, tiada peruntukan menjalankan aktiviti, peruntukan penyelenggaraan perpustakaan, selain gaji petugas perpustakaan yang tidak konsisten. Ini sekaligus akan menyebabkan sesebuah perpustakaan akan hilang daya tarikan disebabkan koleksi yang terbelakang, tidak selesa, petugas tiada semangat untuk bekerja, tidak mengikuti perkembangan teknologi, tiada keperluan internet dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, penganjuran anugerah ini diharap dapat membuka mata pembuat dasar, pihak berkuasa yang berkaitan, pemimpin masyarakat tempatan terhadap kepentingan perpustakaan terhadap pembangunan negeri Sarawak.
Perpustakaan awam perlu dilengkapi dengan keperluan semasa seperti internet dan komputer selain teknologi terkini selari dengan matlamat kerajaan Sarawak yang berteraskan ekonomi digital. Sehingga Jun 2021, Sarawak mempunyai 267 unit perpustakaan awam, 55 perpustakaan Bahagian dan Daerah, 7 perpustakaan mudah alih, 167 perpustakaan desa termasuk 38 perpustakaan desa yang ditubuhkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Objektif Anugerah

  1. Untuk memastikan penyediaan perkhidmatan, produk dan kemudahan perpustakaan awam memenuhi keperluan pengguna / komuniti untuk pendidikan, maklumat dan kehidupan masyarakat.
  2. Memberi peluang untuk menggalakkan kreativiti, inovasi dan kecemerlangan dalam perpustakaan dan profesyen maklumat.
  3. Komitmen dan sokongan kerajaan bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan awam yang berkesan di negeri Sarawak.

Kriteria Penilaian

Memenuhi Keperluan Pengguna (40%)

Perkhidmatan mestilah mudah dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. Ini memerlukan bangunan perpustakaan yang mempunyai lokasi yang strategik, kemudahan membaca dan belajar yang baik, serta teknologi yang bersesuaian dan waktu operasi yang memudahkan pengguna.

Pembangunan koleksi (29%)

Koleksi dan perkhidmatan haruslah merangkumi segala jenis bahan yang sesuai termasuk media dan teknologi. Setiap sistem perpustakaan awam memerlukan satu dasar pengurusan koleksi, disokong oleh badan pentadbir. Tujuan dasar tersebut adalah untuk memastikan pendekatan tekal terhadap penyelenggaraan dan pembangunan koleksi perpustakaan dan akses kepada sumber.

Pengurusan dan Pemasaran Perpustakaan Awam (10%)

Sebuah perpustakaan yang berjaya adalah sebuah organisasi dinamik yang bekerja dengan institusi dan individu lain untuk membekalkan berbagai-bagai perkhidmatan perpustakaan dan maklumat memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza. Perkhidmatan yang disediakan hendaklah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi mencapai penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang melalui penyediaan dan penggunaan maklumat yang tepat dan cepat.

Sumber manusia (9%)

Perpustakaan awam hendaklah diurus dengan cekap dan piawaian professional pengendalian mestilah dipelihara. Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat, kakitangan yang terlatih dan amati bermotivasi perlu dikekalkan supaya sumber-sumber dapat digunakan mungkin bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Faktor WOW (12%)

Aspek-aspek lain yang berimpak besar dan yang membezakan perpustakaan anda daripada perpustakaan lain.