Born To Read Program

From PustakaPedia
Revision as of 12:02, 18 November 2019 by Bronx (talk | contribs) (Bronx moved page Born to Read Program to Born To Read Program without leaving a redirect)
Jump to: navigation, search
BTR.png

Program Bacalah Anakku merupakan usaha untuk memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat pada peringkat seawal yang mungkin. Oleh itu, pendekatan awal melalui kerjasama ibu-ibu mengandung atau ibu selepas bersalin merupakan kaedah terbaik untuk memulakan tabiat membaca dan menanam budaya ilmu. Program intervensi awal ini dijangka akan memberi kesan besar dalam membentuk masyarakat yang berbudaya ilmu pengetahuan.

Objektif

1) meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan menanam tabiat membaca pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak
2) memupuk pembudayaan ilmu pengetahuan di kalangan peserta program
3) memperkenalkan teknik-teknik berkesan untuk membimbing anak-anak menyukai dan membaca buku

Kumpulan Sasaran

a) golongan ibu bapa
b) ibu-ibu mengandung
c) kakitangan kerajaan dan swasta
d) ahli-ahli MAKSAK
e) ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGOs)

Pengendalian Program

Program ini dilaksanakan melalui empat peringkat berikut

a) Perekaan dan pembangunan Kit Program Bacalah Anakku yang terdiri daripada video pendidikan, beg, bahan bacaan awal dan nota.
b) Pengeluaran Kit Program Bacalah Anakku secara berpusat.
c) Pengedaran Kit Program Bacalah Anakku kepada pusat pengedaran utama seperti perpustakaan, jabatan kerajaan, sekolah, klinik kesihatan dan pusat komuniti.
d) Pelaksanaan Projek Bacalah Anakku

Projek Perintis

Projek perintis program ini telah diadakan di 4 buah klinik di daerah Kuching dan Samarahan. Kempat-empat klinik ini masing-masingnya telah dibekalkan dengan sebuah rak buku, tikar getah dan 100 buah buku bacaan awal. Bahanbacaan ini adalah untk kegunaan orang ramai, terutama sekali ibu-bapa yang berkunjung ke klinik-klinik berkenaan.

Anggaran Kos Awal

Kos penganjuran program ini dianggarkan berjumlah RM 206,000.00

a) Perekaan dan pembangunan video pendidikan - RM20,000.00
b) Perolehan Kit Program Bacalah Anakku (video pendidikan, beg, bahan bacaan awal dan nota) - 1000 unit x 11 bahagian x RM15.00 = RM165,000.00
c) Pengedaran dan penghantaran Kit Program Bacalah Anakku - RM11,000.00
d) Honorarium - RM10,000.00

Selain daripada itu, koleksi serta kelengkapan asal projek perintis perlu juga ditambah dan dipelbagaikan untuk memenuhi kehendak maklumat dan rekreasi pengunjung klinik. Kos penambahan koleksi dianggarkan berjumlah RM68,000.

a) Bahan bacaan (RM15,000 x 4) - RM60,000
b) Rak buku (RM1,000 x 2 x 4) - RM8,000