Pustaka In A Box

From PustakaPedia
Revision as of 10:57, 16 February 2021 by Nazarir77 (talk | contribs)
Jump to: navigation, search

Pengenalan

Idea projek ini terbit daripada permasalahan mengakses sumber maklumat oleh komuniti luar bandar khasnya dan khalayak umum yang lain. Sebab utama kepada masalah ini ialah:

PIAB.png

1.Koleksi bahan perpustakaan di perpustakaan desa yang sedikit.
2.Tiada atau liputan perkhidmatan internet yang amat perlahan.
3.Kos yang tinggi bagi menyediakan sumber maklumat yang diperlukan.

Projek Pustaka In a Box merupakan initiatif Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Unimas. Secara amnya, Pustaka Negeri Sarawak akan mengenalpasti lokasi-lokasi projek, kandungan dan mendekati komuniti manakala Unimas akan memberi sumbangan dari khidmat teknikal dan melatih jurulatih (train the trainer). Pustaka In a Box adalah penyelesaian untuk memenuhi keperluan maklumat komuniti terpinggir sama ada oleh faktor geografi mahupun sosial. Komputer mikro Raspberry Pi dijadikan pelayan untuk membekalkan sumber maklumat digital melalui isyarat wifi dalam linkungan 20 meter.

Objektif

1.Untuk memenuhi keperluan maklumat masyarakat luar bandar dan kawasan pinggir bandar.
2.Membekalkan maklumat digital dalam pelbagai format dan merapatkan jurang digital dalam kalangan penduduk Sarawak.
3.Membuka gerbang maklumat kepada pelajar sebagai mengembang proses pengajaran dan pembelajaran.

Tentang Raspberry Pi

Raspberry Pi merupakan komputer bersaiz mini dengan beberapa fungsi asas sebuah komputer. Ia dibina bersaiz lebih kurang kad pengenalan kita dengan beberapa komponen utama disertakan bersama-samanya. Ia dicipta untuk memudahkan lebih ramai orang mempelajari pelbagai perkara berkaitan perkomputeran menggunakannya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
Sebagai permulaan, penggunaan Raspberry Pi 3 yang hadir dengan cip pemprosesan yang lebih pantas, iaitu cip ARM Cortex A53 1.2Ghz, dan turut menawarkan sokongan WiFi dan Bluetooth. Selain itu ia turut dilengkapi HDMI (untuk dihubungkan ke monitor atau televisyen), port USB (untuk tetikus dan papan kekunci), dan juga port mikro-SD (untuk ruangan sistem dan fail).
Ia hadir dalam dua kategori, iaitu set A dan juga Set B. Membezakannya, Set B untuk Raspberry Pi turut hadir dengan sokongan port Ethernet yang membolehkan pengguna menghubungkan talian internet melaluinya. Untuk sokongan kuasa, ia menggunakan kabel mikro-USB yang biasa digunakan pada pelbagai peranti mudah-alih masa kini.

Sistem Operasi

Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang sesuai antaranya Raspbian yang merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi. Selain itu terdapat pilihan lain untuk sistem operasi seperti :-

RasberryPi.jpg

1.Noobs
2.Ubuntu Mate
3.Snappy Ubuntu Core
4.Windows 10 IOT Core
5.OSMC
6.Openelec
7.Pinet
8.Risc OS
9.Weather Station

Tentang Projek

Peranti Raspberry Pi “Pustaka in a Box” telah dibangunkan bersama oleh Pustaka Negeri Sarawak dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Unimas. Pustaka Negeri Sarawak mengurus pelaksanaan projek di perpustakaan desa dan mendekati komuniti. Kandungan tempatan seperti kamus dan e-buku akan dibekalkan oleh pihak-pihak yang akan turut serta dalam projek ini seperti UiTM dan DBP. Kandungan lain akan dimuat turun daripada Wikipedia, projek Gutenberg dan Khan Academy

Implementasi Projek

Pustaka In a Box telah berjaya dipasang di SK Telaga Air, Kuching dan SMK Katibas, Song. Projek ini telah dimanfaatkan oleh kira-kira 272 pelajar dan guru di SK Telaga dan 300 pelajar dan guru di SMK Katibas.

Lokasi yang dicadangkan seterus untuk memanjangkan perkhidmatan Pustaka In a Box adalah seperti berikut: 1.Perpustakaan Desa Telok Melano
2.Perpustakaan Desa Kampung Tembirat, Samarahan
3.Kampung Salak, Santubong
4.Kampung Semilang, Bako
5.Kampung Bako
6.Kampung Rebak, Samarahan
7.Perpustakaan Desa Kampung Bengoh, Padawan
8.Perpustakaan Desa Kampung Annah Rais, Padawan
9.Perpustakaan Desa Paya Mebi, Padawan
10.Perpustakaan Desa Kampung Stenggang, Bau

*Implementasi di lain-lain lokasi-lokasi akan bergantung kepada dana dari penaja seperti PIBG, NGO dan lain-lain.

Isi Kandungan Pustaka In a Box

Kandungan yang akan diakses oleh pengguna akan mengikut kesesuaian penduduk setempat mengikut pekerjaan, pendidikan, gaya hidup dan kehendak semasa. Antara sumber maklumat yang boleh dimuatkan ialah:

Interface Pustaka in a Box
InterfacePIAB.jpg

1. www.gutenberg.org/
Gutenberg.jpg

2. www.wikipedia.org/
Wikipedia.jpg

3. www.instructables.com/
Instructables.jpg

4. www.eborneo.dbp.gov.my/
Eborneo.jpg

5. www.khanacademy.org/
Khanacademy.jpg

6. ekamus.dbp.gov.my
Ekamus.jpg



Potensi Projek

Raspberry Pi merupakan peranti serba boleh dan ia telah digunakan secara meluas dalam bidang teknologi. Walaupun ia masih baru namun beberapa benda baru telah diciptakan dengan menggunakan peranti tersebut. Projek ini dilihat amat berpotensi dari sudut menyalur sumber maklumat kepada pengguna kawasan luar bandar khususnya Selain itu ia juga boleh digunakan secara meluas sebagai alat bantuan mengajar di sekolah-sekolah pedalaman. Ini disebabkan peranti bersaiz kad pengenalan tersebut agak ringan untuk dibawa kemana jua, malah mudah untuk diselenggara. Memandangkan ia dijanakan dengan kuasa elektrik yang rendah maka “powerbank” bateri mudah-alih boleh digunakan.

Jika projek perintis ini berjaya maka lokasi yang boleh diletakkan peranti tersebut pada masa depan termasuklah:-

  1. Sekolah
  2. Rumah panjang
  3. Dewan Serbaguna
  4. Masjid
  5. Gereja
  6. Kawasan komuniti
  7. Surau
  8. Balai raya
  9. Tadika



Walaupun projek ini masih baru namun ia berpotensi besar untuk digunakan bagi membekalkan bahan sumber maklumat yang pelbagai kepada komuniti yang terpinggir. Sokongan dan latihan dari masa ke semasa akan memastikan projek ini memberi banyak manfaat kepada kumpulan sasaran.