Perpustakaan Desa Siber Ilmu

From PustakaPedia
Revision as of 16:17, 8 March 2021 by Bronx (talk | contribs) (Created page with "__NOTOC__ Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) merupakan sebuah tempat, sama ada bilik atau ruang, di mana orang awam dapat mencapai dan mengakses maklumat yang diperlukan mela...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search

Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) merupakan sebuah tempat, sama ada bilik atau ruang, di mana orang awam dapat mencapai dan mengakses maklumat yang diperlukan melalui satu rangkaian peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sumber-sumber maklumat yang boleh diakses menerusi PDSI terdiri daripada CD-ROM dan Internet. PDSI adalah gedung maklumat era baru. Dalam erti kata lain, ia adalah sebuah perpustakaan desa elektronik.

PDSI merupakan satu daripada pendekatan yang digunakan oleh kerajaan untuk mendedahkan masyarakat luar bandar dan sub-bandar kepada dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi, terutamanya sekali golongan yang berpendapatan rendah. Ia membuka laluan untuk masyarakat luar Bandar dan sub-bandar memperolehi maklumat terkini yang diperlukan dengan cepat dan tepat. Melalui PDSI, menduduk luar bandar didedahkan kepada maklumat serta ilmu yang diperlukan untuk kemajuan diri dan masyarakat.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah perancang utama projek ini. Menerusinya, peruntukan untuk projek ini diperolehi dari Kerajaan Persekutuan.PNM juga menentukan jumlah peruntukan dan bilangan PDSI yang harus dibangun dan diselenggarakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) oleh setiap negeri di Malaysia.Peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan akan disalurkan kepada setiap negeri mengikut pecahan-pecahan tertentu menerusi perbadanan-perbadanan perpustakaan awam negeri atau perpustakaan-perpustakaan negeri – Pustaka Negeri Sarawak bagi negeri Sarawak.

Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) merupakan agensi pelaksana projek berkenaan di Sarawak. Peranan utamanya dalam projek ini adalah:

  • Menentukan tempat atau tapak yang sesuai untuk PDSI berdasarkan kriteria-kriteria tertentu
  • Melaksana, mengurus dan menyelenggara PDSI
  • Memantau dan mengawas operasi PDSI
  • Mengkaji dan melapor keberkesanan PDSI

Keperluan Prasarana Asas

Pelaksanaan sesebuah PDSI hanya dapat direalisasikan dengan adanya prasarana atau infra struktur asas berikut:

  • Sumber kuasa elektrik untuk menghidupkan semua peralatan Teknologi Maklumat serta peralatan-peralatan lain yang berkaitan
  • Talian telefon untuk mengakses Internet
  • Sebuah bilik atau bangunan yang selamat serta mudah dilawati pengujung.


Prasarana asas ini merupakan sebahagian daripada kriteria yang digunakan untuk menentukan kesesuaian sesebuah perpustakaan desa untuk dinaik taraf.

Kelengkapan, Peralatan dan Latihan

Pustaka Negeri Sarawak akan memastikan setiap perpustakaan desa dipilh untuk projek ini sekurangnya-kurangnya dilengkapi kelengkapan/peralatan berikut:

  1. Enam unit komputer peribadi multimedia
  2. Satu unit LAN router/modem
  3. Satu unit pencetak
  4. Koleksi CD-ROM
  5. Sistem rangkaian tempatan
  6. Perisian yang berkaitan
  7. Akaun pengaksesan Internet
  8. Meja komputer


Latihan yang sesuai dan perlu akan diberikan kepada staf yang akan mengendalikan sistem tersebut.

Pelan dan Kos Pelaksanaan

Setiap PDSI akan dilaksanakan mengikut sekuen tindakan di bawah.

  1. Kajian kemungkinan (Feasibility Study)
  2. Kajian keperluan (Requirement Study)
  3. Memorandum persefahaman atau persetujuan dengan pihak-pihak terbabit
  4. Jemputan tender/sebutharga
  5. Penilaian tender/sebutharga
  6. Pemilihan dan perlantikan kontraktor pelaksana
  7. Perlantikan dan latihan kakitangan
  8. Pemasangan, pengujian dan pemurnian
  9. Operasi dan pengawasan
  10. Semakan semula sistem
  11. Penambahbaikan dan pengemaskinian


Kos pelaksanaan setiap unit PDSI dianggarkan RM50,000.00. Spesifikasi penuh serta pecahan kos komponen-komponen asas ICT yang diperlukan untuk sebuah PDSI adalah

No. Item Unit Cost (RM) Quantity Total Cost (RM) Hardware 01 Multimedia Personal Computers. Minimum Requirements:  3.0 GHz Intel Pentium IV Processor  256 MB SDRAM  16MB AGP 4X Graphics Adapter  Intel 845 AGP Chip Set  3.5” Floppy Drive  48x CD-ROM Drive  40 GB Hard Disk  Integrated 10/100 mbps Ethernet card  Integrated 16 Bit Sound Card  MS Windows XP Pro Operating System  15” CRT Colour Monitor 3,000.00 6 units 18,000.00 02  A4 Laser Printer.  Minimum Requirements:  At least 21 ppm, 1200 dpi  Network ready with integrated 10/100 mbps Ethernet card  Standard parallel and USB port  Standard PCl6 and PS2 emulation  133 MHz processor  16 MB standard memory 3,000.00 1 unit 3,000.00 03 LAN Router/Modem. Minimum Requirements:  56 kbps (V.90)  Comply to IEEE 802.3 standard  Support MS Windows XP Operating System  Support ARP, TCP/IP, FTP, SMTP, UDP, ICMP, HTTP protocols  Configurable via user-friendly web based management software 1,500.00 1 unit 1,500.00 04 Layer 2 Network Switch. Minimum Requirements:  In compliance to IEEE 802.3, IEEE 802.3u and IEEE 802.3X standards  24 RJ-45 10/100 mbps Ethernet ports  Support Enhanced Category 5 UTP cable  Configurable via user-friendly web based management software  Support OSI layer 2 switching 2,500.00 1 unit 2,500.00 05 Lightning Arrestor. Minimum Requirements:  SIRIM approved 50.00 1 unit 50.00

Pelaksanaan projek ini akan diswastakan. Kontrak bagi pelaksanaannya akan diberikan kepada syarikat berdaftar yang akan dipilih melalui proses penilaian tender/sebutharga. Syarikat yang dipilih dikehendaki menyiapkan projek tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pembayaran hanya akan dibuat setelah projek diperakukan siap oleh Pustaka.

Pengoperasian dan Penyelenggaraan Projek

Penyelenggaraan sistem adalah tanggung jawab Pustaka. Setiap PDSI akan dikendalikan oleh seorang Pembantu Perpustakaan yang akan dilantik oleh Pustaka dan seorang lagi yang akan dilantik oleh pihak berkuasa tempatan, di mana projek berkenaan dilaksanakan. Bergantung kepada budi bicara pihak yang melantik, perlantikan ini boleh bertaraf tetap atau sementara.

Gaji atau upah, elaun dan faedah-faedah lain setiap kakitangan yang dilantik oleh Pustaka, juga akan ditentukan dan dibayar oleh Pustaka mengikut skim perkhidmatan berkaitan yang sedia ada. Dana untuk menampung gaji dan yang berkaitan dengannnya akan diperolehi dari dana belanja mengurus Perpustakaan Negara Malaysia.