Pelan Antirasuah Pustaka

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search

Ringkasan Eksekutif

Pelan Antirasuah Pustaka adalah satu usaha bersepadu sektor-sektor di Pustaka Negeri Sarawak untuk mencegah rasuah dalam organisasi dan juga sebagai menunjukkan sokongan kepada Kerajaan Negeri ke arah mencapai status negeri maju berintegriti tinggi pada 2030. Di peringkat nasional, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 telah dilancarkan pada 29 Januari 2019 dan salah satu inisiatifnya ialah mewajibkan semua agensi kerajaan membangun OACP masing-masing. Sebagai menyokong inisiatif tersebut, maka wujudlah dokumen Pelan Antirasuah Pustaka yang akan menjadi panduan kepada warga Pustaka sebagai ikhtiar untuk membanteras isu-isu rasuah.

Selaras dengan agenda transformasi Perkhidmatan Awam Negeri, Pustaka komited untuk mewujudkan sistem pentadbiran dan pengurusan yang berkualiti dan berintegriti tinggi dalam penyampaian perkhidmatan agar tanda-tanda penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kepincangan pengurusan dapat ditangani secara proaktif. Isu-isu integriti perlu dihapuskan sepenuhnya bagi mengekalkan tahap keberkesanan, kecekapan serta kepercayaan awam kepada Pustaka.

Bagi mendukung visi kerajaan Sarawak ke arah kerajaan yang berintegriti tinggi dan aspirasi negara agar dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah. Maka, Pelan Integriti Organisasi (PIO) yang diperkenalkan sebelum ini digantikan kepada Pelan Antirasuah Organisasi dan menambahbaik Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) – “Membanteras Rasuah”. Sebagai sokongan, Pustaka akan meneruskan usaha pendidikan dan pencegahan rasuah dalam organisasi untuk tempoh lima tahun (2021-2025) melalui OACP.

Halatuju Kerajaan Negeri disokong oleh Pustaka dengan membangunkan Pelan Antirasuah Pustaka sebagai inisiatif membanteras gejala rasuah. Pelan Antirasuah Pustaka dibangunkan setelah mengambil kira pandangan pelbagai skim dan gred pegawai yang bertugas di setiap Sektor, Bahagian dan Unit di Pustaka menerusi sesi perbengkelan dan penganalisaan data-data sedia ada.

Pelan Antirasuah Pustaka akan lebih serius merekayasa integriti di semua peringkat dalam organisasi ini. Lima (5) bidang berisiko yang terdedah kepada salah laku rasuah telah dikenalpasti melalui kajian dan analisis terperinci terhadap data primer/sekunder, dapatan kajian dan Perancangan Senario (Scenario Planning). Hasilnya, Pelan Antirasuah Pustaka menggariskan sebuah kerangka inklusif yang memayungi strategi yang menyeluruh dalam memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Inisiatif yang dirangka dalam Pelan Antirasuah ini akan memastikan komitmen dari semua warga Pustaka dalam meningkatkan integriti, akauntabiliti dan membanteras rasuah

Justeru, pihak pengurusan Pustaka, melalui Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Pustaka pada 9-11 Februari 2021 telah bersetuju atas 5 bidang keutamaan yang berisiko rasuah. Maka dicadangkan 49 initiatif untuk menangani isu govenans, integriti dan rasuah di Pustaka. Setiap inisiatif ini diamanahkan kepada peneraju di kalangan sektor, bahagian dan unit di Pustaka untuk melaksanakannya. Pelaksanaan semua inisiatif ini akan dipantau oleh Unit Integriti Pustaka dan dilaporkan kepada JAR-Pustaka.


Pengenalan

Dalam menuju ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi, agenda pembanterasan rasuah telah menjadi keutamaan negara. Untuk itu, beberapa inisiatif utama di peringkat nasional telah dibangunkan bermula dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada bulan April 2004 yang menampilkan rancangan terperinci selaras dengan matlamat mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika tinggi selari dengan Wawasan 2020. Program Transformasi Kerajaan (GTP) meneruskan kelangsungan prinsip asas PIN melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Banteras Rasuah. Seperti yang digariskan dalam GTP, rasuah mesti dihapuskan sepenuhnya untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan serta menghapuskan ketidakcekapan dalam sistem Kerajaan. Rasuah menghadkan transformasi dan pertumbuhan ekonomi negara sekaligus merencatkan usaha Malaysia menjadi sebuah negara maju. (NACP 2019-2023).

Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pekeliling Integriti Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2020 (Pelan Antirasuah Organisasi) yang menyatakan berkuatkuasa pada tarikh 30 Jun 2020 penyediaan dan pelaksanaan OACP bagi semua Kementerian, Pentadbiran Bahagian, Jabatan dan Badan Berkanun Negeri Sarawak dilaksanakan. Pekeliling ini bertujuan mendukung usaha pemantapan tadbir urus baik, integriti dan antirasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan.

Setiap inisiatif dalam Pelan Antirasuah Pustaka adalah bertujuan untuk mencapai sasaran pembanterasan rasuah di peringkat organisasi.

Justeru, pihak pengurusan Pustaka, melalui Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Pustaka pada 9-11 Februari 2021 telah bersetuju atas 5 bidang keutamaan yang berisiko rasuah. Maka dicadangkan 49 initiatif untuk menangani isu govenans, integriti dan rasuah di Pustaka. Setiap inisiatif ini diamanahkan kepada peneraju di kalangan sektor, bahagian dan unit di Pustaka untuk melaksanakannya. Pelaksanaan semua inisiatif ini akan dipantau oleh Unit Integriti Pustaka dan dilaporkan kepada JAR-Pustaka.


Penilaian Risiko

Pelbagai data telah diperoleh sepanjang proses penilaian risiko. Data tersebut adalah seperti berikut:

Sesi pembengkelan Pelan Antirasuah Organisasi yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai skim dan sektor di Pustaka. Penilaian dan Semakan risiko dibuat berdasarkan senario telah berlaku, sedang berlaku dan dijangka berlaku.

Kaji Selidik Rasuah seperti Statistik sektor yang cenderung kepada rasuah, statistik tangkapan rasuah, Statistik tangkapan pesalah rasuah di Malaysia mengikut kategori dan kumpulan perjawatan dan Statistik tangkapan mengikut kategori kumpulan dan umur dari sumber laman web SPRM.

Data yang dikumpulkan dari pelbagai sektor, bahagian dan unit seperti data dari Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Kewangan yang meliputi statistik serta analisis sistem dan prosedur, Laporan Ketua Audit Negara dari Jabatan Audit Negara dan data aduan awam dari Unit Komunikasi Korporat; Input daripada pihak pengurusan dan Jawatankuasa Pembangunan OACP.

Setiap isu yang timbul daripada sumber di atas telah diperincikan lagi menjadi pelbagai bidang yang berisiko terhadap gejala rasuah. Data pelbagai bidang ini kemudiannya dianalisa berdasarkan nilai kekerapan untuk tempoh 5 tahun (2021-2025) dan impaknya terhadap perkhidmatan organisasi dan negeri Sarawak.


Proses Pembangunan Pelan Antirasuah Pustaka

Komitmen Pengurusan Tertinggi

Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi (JPTO) Pustaka yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan dianggotai oleh pihak pengurusan Pustaka dalam Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah Pustaka (JAR- PUSTAKA) Bil.2/2020 pada 6 November 2020 telah mempersetujui untuk mengadakan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Pustaka.

Berkesinambungan dari itu, Jawatankuasa Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (JKP OACP) telah ditubuhkan melalui minit dalaman bertarikh 29 Januari 2021. JKP OACP dipengerusikan oleh Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Pustaka. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pegawai dalam pelbagai skim dan gred seramai 26 orang yang mewakili setiap sektor dan kampus di Pustaka.

Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Pustaka

Kelulusan JPTO
Maka atas komitmen JPTO Pustaka, Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Pustaka telah diadakan pada 9 hingga 11 Februari 2021 di Bilik Seminar 1 & 2, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.

Analisis Data
Pra-bengkel OACP dianjurkan oleh Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri (UNION) telah dihadiri pada 28 Disember 2020 bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Baharu. Taklimat Pra-bengkel disampaikan oleh Tuan Zulhairy bin Zaidel, Ketua Pegawai Integriti, UNION.

Pra-bengkel diadakan untuk memberi penerangan tentang data-data dan maklumat beserta sumber-sumbernya sebagai persediaan Bengkel Pembangunan OACP

Menentukan konteks, status isu dan mengenalpasti risiko rasuah
Berdasarkan jumlah Ahli JKP Pelan Antirasuah Pustaka seramai 26 Ahli, Lima (5) kumpulan telah dibentuk. Kumpulan- kumpulan ini telah membincangkan dan menentukan konteks isu-isu yang melibatkan Governans, Integriti dan Antirasuah.

Pada peringkat ini risiko dan potensi risiko dikenalpasti. Ketika ini risiko akan dianalisis untuk mengenalpasti sama ada ia telah berlaku, sedang berlaku atau dijangka berlaku.

Menentukan Bidang Keutamaan, merangka Strategi, Objektif Strategik, Pelan T indakan serta Kaedah Pemantauan dan Penilaian
Pada peringkat ini setelah mengenalpasti Bidang Keutamaan., setiap risiko akan dikategorikan mengikut Bidang Keutamaan tersebut.

Lima ( 5 ) Bidang Keutamaan yang dikenalpasti adalah;

  1. Kewangan dan Perolehan,
  2. Pentadbiran dan Sumber Manusia,
  3. Pengurusan Perpustakaan,
  4. Pengurusan Rekod dan Arkib dan
  5. Pengurusan Fasiliti.

Semua bidang ini perlu diberikan perhatian serius dalam membendung gejala rasuah di Pustaka.

Seterusnya, pelan tindakan yang merangkumi inisiatif dan jangka masa pelaksanaan ditetapkan dan peneraju bagi membolehkan setiap inisiatif tersebut dapat di pantau dan dinilai keberkesanannya.

Pihak Pengurusan telah hadir dan memberikan pandangan dan penambahbaikan semasa sesi Pembentangan Pelan Tindakan OACP pada penghujung bengkel.

Pemurnian Draf Pelan Antirasuah Pustaka, Pembentangan dan Kelulusan JPTO
Sesi pemurnian draf Pelan Antirasuah Pustaka telah diadakan pada 24 Februari 2021. Semua JKP Pelan Antirasuah Pustaka telah hadir memberikan komitmen untuk memperhalusi pelan tindakan dan lain-lain maklumat pada dokumen Pelan Antirasuah Pustaka.

Sesi pembentangan akhir Pelan Antirasuah Pustaka kepada JPTO diadakan pada 8 Mac 2021. Pihak Pengurusan telah mempersetujui Pelan Antirasuah Pustaka (2021-2025) untuk pencetakan dan disediakan dalam format digital


Penyerahan dan Hebahan Pelan Antirasuah Pustaka
Pelan Antirasuah Pustaka (2021-2025) dijangka akan diserahkan kepada Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri pada April 2021


Kerangka Pelan Anti Rasuah Pustaka

Secara umumnya kerangka ini menggariskan dua misi bagi meningkatkan budaya integriti dan bebas rasuah di Pustaka. Agenda ini akan dicapai melalui amalan budaya kerja berteraskan amanah, telus dan berakauntabiliti serta menutup ruang dan peluang salah laku rasuah.

Aspirasi Nasional

Malaysia Dikenali Kerana Integriti dan Bukannya Rasuah

Aspirasi Negeri

Menjadi sebuah negeri yang berintegriti tinggi menjelang 2030

Antirasuah.png


Kuadran Pelan Anti Rasuah Pustaka

Rajah 1 :
IMPAK: kesan atau hasil positif yang dicapai melalui pelaksanaan sesuatu inisiatif
KOMPLEKSITI: kesukaran dan kerumitan dalam pelaksanaan sesuatu inisiatif

Penilaian ke atas kerangka Pelan Antirasuah Pustaka ini dapat dilihat melalui gambar rajah 1. Sebanyak Lima (5) bidang keutamaan dan enam (6) strategi digariskan untuk mencapai objektif pelan ini. Sembilan (9) Objektif Strategik telah dikenalpasti bagi mendukung strategi sekaligus mencapai sasaran yang dimanifestasikan dalam bidang keutamaan pelan. Objektif strategik ini pula akan disandarkan kepada 49 inisiatif yang perlu dicapai dan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun (2021-2025).

  • STRATEGI 1: Memperkasakan Pengurusan Perolehan dan pematuhan Tatacara Kewangan
  • STRATEGI 2: Mewujudkan mekanisme semak dan imbang yang kukuh dalam pengurusan sumber manusia
  • STRATEGI 3: Memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan
  • STRATEGI 4: Memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan
  • STRATEGI 5: Meningkatkan keberkesanan dan kredibiliti pengurusan rekod & arkib
  • STRATEGI 6: Menginstitusikan kecekapan & pengamalan profesionalisme dalam Pengurusan Fasiliti.


Analisis Kuadran Pelan Antirasuah Pustaka

Kuadran2.jpeg

Keutamaan Strategi

Penekanan 27 Inisiatif
Ringkasan berikut menunjukkan sebanyak 27 inisiatif berimpak tinggi dan berkomplesiti rendah (Kuadran A) yang dikenalpasti berdasarkan keperluan kesegeraan untuk menangani rasuah. Sebanyak 11 inisiatif berimpak tinggi dan berkompleksiti tinggi (Kuadran B) yang perlu diberi keutamaan daripada 49 keseluruhan yang telah dikenalpasti. Ia berdasarkan enam (6) strategi utama berkaitan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban sektor-sektor di Pustaka. Setelah penilaian ke atas bidang keutamaan sektor-sektor di Pustaka, keseluruhannya sebanyak 49 inisiatif telah dikenalpasti dan telah dikelompokkan melalui kuadran berdasarkan impak dan kompleksiti. Rumusan kepada kuadran ini adalah seperti yang berikut:
Kuadran A: 27
Kuadran B: 11
Kuadran C: 11
Kuadran D: 0

Kewangan dan Perolehan

No Inisiatif Kuadran Strategi
1 Mewujudkan Laporan Pemantauan Perolehan Secara Berkala Oleh Penyelia
A
1
2 Menguatkuasakan Penyeliaan Laporan PemantauanPerolehan
A
1
3 Meningkatkan Kesedaran Berkaitan Prosedur Kewangan,Tatacara Perolehan Badan-Badan Berkanun Dan Pekeliling Yang Berkuatkuasa
C
1
4 Menguatkuasakan Pematuhan Tatacara Pembayaran
C
1
5 Mengukuhkan Mekanisme Dalam Menguatkuasa Pusingan Kerja Secara Mandatori Kepada Kakitangan Yang MemegangJawatan Sensitif.
A
1
6 Melaksanakan audit dalaman terhadap pengurusan perolehan secara berkala
B
1
7 Memberi Teguran Kepada Penyelia, Menguatkuasakan Laporan Pemantauan Secara Berkala Oleh Penyelia Dan Mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab.
C
1
8 Memperkenalkan Mekanisme Semak Dan Imbang Dalam Urusan Perolehan Dengan Penglibatan Pegawai Daripada Unit Integriti Dan Unit Audit Dalam
B
1
9 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang melanggar peraturan atau prosedur kewangan
A
1
10 Memberikan peringatan kepada staf secara berkala melalui emel dan perhimpunan staf berkenaan dengan prosedur kewangan, Tatacara Perolehan Badan-badan Berkanun dan pekeliling yang berkuatkuasa.
C
1
11 Menambahbaik prosedur dalaman kewangan dan perolehan
A
1
12 Memberi teguran kepada penyelia, menguatkuasakan laporan pemantauan secara berkala oleh penyelia dan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab.
C
1
13 Mengadakan bengkel prosedur kewangan dengan menjemput Pegawai SPRM
C
1
14 Mempertingkatkan kesedaran Governans, Integriti dan Antirasuah kepada pegawai.
A
1
15 Menguatkuasakan pematuhan kepada pekeliling penerimaan hadiah
A
1
16 Menguatkuasakan pematuhan tatacara perolehan
A
1

Pentadbiran dan Sumber Manusia

No Inisiatif Kuadran Strategi
1 Menguatkuasakan Perintah Am 158, Perintah-perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri 1996 dan Surat Pekeliling Perjawatan Bil. 1/2000 dengan memaklumkan kepada staf melalui emel untuk mengisi Borang Pengisytiharan Harta secara berkala.
A
2
2 Mempertingkatkan kesedaran kepada pegawai berkaitan cuti tahunan, cuti sakit dan cuti kecemasan
C
2
3 Melaksanakan pematuhan dan pemantauan tentang kehadiran dan keberadaan pegawai di pejabat secara berterusan
A
2
4 Melaksanakan pemantauan kehadiran staf melalui Log Laporan Bekerja Dari Rumah oleh penyelia dan menguatkuasakan Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2021
A
2
5 Menguatkuasakan dan menambahbaik prosedur kerja dan dasar sedia ada untuk perjawatan dan pengambilan staf
A
2
6 Memperkenalkan sistem tapisan integriti dalam pemilihan dan kenaikan pangkat pengurusan tertinggi, Pengurusan & Profesional dan Jawatan sensitif
A
2
7 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kriteria pemarkahan LNPT
A
3
8 Menandatangani Borang E Akta Rahsia Rasmi 1972 setahun sekali
C
3
9 Mengamalkan peringatan kepada semua ahli mesyuarat tentang status sulit mesyuarat sebelum mesyuarat bermula
A
3
10 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman berkaitan Arahan Keselamatan Kerajaan
C
3
11 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang mendedahkan maklumat sulit jabatan
A
3
12 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman berkaitan Akta Multimedia
C
3
13 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang memburuk-buruk imej jabatan
B
3

Pengurusan Perpustakaan

No Inisiatif Kuadran Strategi
1 Menguatkuasakan SOP perkhidmatan Bookbear yang sedia ada
A
4
2 Mengenakan tindakan punitif kepada mana-mana pegawai atau penyelia yang menyalahgunakan perkhidmatan Bookbear untuk tujuan peribadi
B
4
3 Mengenakan tindakan punitif kepada mana-mana pegawai atau penyelia yang menyalahgunakan perkhidmatan Bookbear untuk tujuan peribadi
B
4
4 Menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Bahan-bahan Perpustakaan
B
4
5 Mengenakan tindakan punitif kepada mana-mana pegawai atau penyelia yang menyalahgunakan kedudukan dalam proses pemilihan bahan-bahan perpustakaan
B
4
6 Melaksanakan pindaan ke atas Dasar Pembangunan Koleksi
A
4
7 Menguatkuasakan Dasar Pembangunan koleksi
B
4

Pengurusan Rekod dan Arkib

No Inisiatif Kuadran Strategi
1 Mempertingkatkan kesedaran tentang pengurusan rekod dan arkib di peringkat jabatan dan agensi kerajaan negeri Sarawak
C
5
2 Melaksanakan pematuhan prosedur pelupusan rekod dan pemindahan rekod
A
5
3 Menguatkuasa prosedur pelupusan rekod dan pemindahan rekod berdasarkan Ordinan Pustaka Negeri Sarawak, 1999, Surat Pekeliling no 24. tahun 2019 dan Buku Garis Panduan Pengurusan Rekod dan Arkib untuk Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Sarawak.
B
5
4 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang melakukan penyalahgunaan kedudukan dalam pengendalian bahan rekod dan arkib
A
5
5 Menyebarluaskan kefahaman tentang pengurusan rekod dan arkib di peringkat jabatan dan agensi kerajaan negeri Sarawak
A
5
6 Mengukuhkan mekanisme pelupusan rekod dan pemindahan rekod berdasarkan Ordinan Pustaka Negeri Sarawak, 1999, Surat pekeliling no 24. tahun 2019 dan Buku Garis Panduan Pengurusan Rekod dan Arkib untuk Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Sarawak
B
5
7 Menguatkuasakan Garis Panduan Pengurusan Rekod dan Pengurusan Rekod Elektronik
A
5
8 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang menyembunyikan dan memusnahkan rekod jabatan
A
5

Pengurusan Fasiliti

No Inisiatif Kuadran Strategi
1 Menguatkuasakan penggunaan e-booking system
A
6
2 Menguatkuasakan laporan berkala dari pegawai bertanggungjawab kepada penyelia/ pegawai atasan
A
6
3 Mengoptimumkan penggunaan ICT untuk melaksanakan pelaporan berkala dari pegawai bertanggungjawab kepada penyelia/pegawai atasan
B
6
4 Melaksanakan prosedur Pusingan kerja berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004: Panduan Pertukaran Pegawai Awam
A
6
5 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang melanggar peraturan dan prosedur
A
6

Bidang Keutamaan

1. Kewangan & Perolehan
Perolehan merujuk kepada pembelian barangan, perkhidmatan dan kerja oleh Pustaka dan kampus-kampusnya. Oleh kerana perolehan ini melibatkan dana awam, adalah menjadi tanggungjawab Pustaka untuk memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat. Berdasarkan aduan yang diterima oleh SPRM 2013-2018, sektor perolehan mencatatkan 42.8% daripada keseluruhan aduan, dimana ia merupakan sektor tertinggi yang cenderung kepada salah laku rasuah.

Kewangan merujuk kepada satu nilai aset berdasarkan aliran tunai pada masa depan. Pada amnya kewangan meliputi tiga bidang utama iaitu:

a. Pengurusan kewangan atau kewangan korporat – fokus kepada keputusan yang berkaitan dengan jumlah dan jenis aset yang diperlukan, modal bagi memperolehi aset tersebut dan kaedah mengoptimumkan penggunaan aset berkenaan.
b. Pasaran modal – adalah pasaran dimana kadar faedah, harga saham dan bon ditentukan. Ia juga berkait dengan institusi kewangan dan broker saham, bank dan bank pelaburan serta institusi yang berkait dengannya.
c. Pelaburan – adalah saham dan bon termasuk analisa sekuriti, teori portfolio dan analisa pasaran.


STRATEGI 1 : Memperkasakan Pengurusan Perolehan dan pematuhan Tatacara Kewangan

OBJEKTIF STRATEGIK 1.1: Memperkukuhkan kerangka perolehan dan kecekapan Pengurusan Kewangan

Bil Risiko Inisiatif Peneraju Tempoh Masa
1.1.1 Ketidakpatuhan Kepada Prosedur Perolehan/ Kewangan: 1.1.1.1 Mewujudkan Laporan Pemantauan Perolehan secara berkala oleh penyelia. Bahagian Kewangan 1 Tahun
(2021)
•Perolehan pada harga yang tidak munasabah berbanding harga pasaran

•Pembekalan yang tidak mengikut spesifikasi

•Pembayaran tidak mengikut prosedur (Improper payment)

•Perolehan secara pecah kecil

•Pengesahan barangan/ perkhidmatan yang belum siap

•Perkongsian kata laluan dan token

•Manipulasi sebutharga dengan berkompromi bersama dengan pembekal

•Salahguna kuasa dalam memilih pembekal/bocor maklumat sulit dan sensitif tender/bocor tawaran harga/ pakatan memilih kontraktor.

•Penyalahgunaan kelengkapan/ peralatan pejabat/

kenderaan rasmi pejabat/telefon untuk kegunaan peribadi

•Penyalahgunaan kelengkapan/ peralatan pejabat/ kenderaan rasmi pejabat/telefon untuk kegunaan.

•Pemalsuan tuntutan ke atas perjalanan/ kerja lebih masa/ kilometeran/ perubatan/jam kursus/ wang pendahuluan.

•Kecurian/ kehilangan barang pejabat yang tidak dilaporkan kepada pihak pengurusan.

•Salahguna kuasa dengan memberi arahan pada saat-saat akhir.

•Penyalahgunaan kuasa dalam penerimaan hadiah oleh pegawai (Urusan rasmi)

•Campur tangan pihak berkepentingan dalam urusan perolehan.


1.1.1.2 Menguatkuasakan penyeliaan Laporan Pemantauan Perolehan Bahagian Kewangan 1 Tahun
(2021)
1.1.1.3 Meningkatkan kesedaran berkaitan prosedur kewangan, Tatacara Perolehan Badan-badan Berkanun dan pekeliling yang berkuatkuasa. Bahagian Kewangan 5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.4 Menguatkuasakan pematuhan tatacara pembayaran Bahagian Kewangan 5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.5 Mengukuhkan mekanisme dalam menguatkuasa pusingan kerja secara mandatori kepada kakitangan yang memegang jawatan sensitif Bahagian Kewangan 5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.6 Melaksanakan audit dalaman terhadap pengurusan perolehan secara berkala Bahagian Audit Dalam 5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.7 Memberi teguran kepada penyelia, menguatkuasakan laporan pemantauan secara berkala oleh penyelia dan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab. i. Bahagian Sumber Manusia
ii. Unit Integriti
5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.8 Memperkenalkan mekanisme semak dan imbang dalam urusan perolehan dengan penglibatan pegawai daripada Unit Integriti dan Unit Audit Dalam i. Bahagian Kewangan
ii. Bahagian Audit Dalam
iii. Unit Integriti
Tempoh 2 Tahun
(Jan 2021-Dis 2022)
1.1.1.9 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang melanggar peraturan atau prosedur kewangan Bahagian Kewangan 5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.10 Memberikan peringatan kepada staf secara berkala melalui emel dan perhimpunan staf berkenaan dengan prosedur kewangan, Tatacara Perolehan Badan-badan Berkanun dan pekeliling yang berkuatkuasa Bahagian Kewangan 5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.11 Menambahbaik procedur dalaman kewangan dan perolehan Bahagian Kewangan 2 Tahun
(2021-2022)
1.1.1.12 Memberi teguran kepada penyelia, menguatkuasakan laporan pemantauan secara berkala oleh penyelia dan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab Bahagian Kewangan 5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.13 Mengadakan bengkel prosedur kewangan dengan menjemput Pegawai SPRM Bahagian Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.14 Mempertingkatkan kesedaran Governans, Integriti dan Antirasuah kepada pegawai i. Bahagian Sumber Manusia
ii. Unit Integriti
5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.15 Menguatkuasakan pematuhan kepada pekeliling penerimaan hadiah i. Bahagian Sumber Manusia
ii. Unit Integriti
5 Tahun
(2021-2025)
1.1.1.16 Menguatkuasakan pematuhan tatacara perolehan Bahagian Kewangan 5 Tahun
(2021-2025)


2. Pentadbiran & Sumber Manusia

Pentadbiran merujuk kepada fungsi pengurusan yang terdapat pada Pustaka demi mencapai objektif tertentu. Fungsi pentadbiran ini mencakupi pengurusan hal ehwal pentadbiran termasuk pemasaran, perhubungan awam, penyelenggaraan bangunan dan fasiliti dimana perkhidmatan ini merupakan salah satu faktor utama yang mencerminkan imej Pustaka. Asas bagi pentadbiran terletak pada fungsi teras Pustaka untuk memastikan bahawa masyarakat pada umumnya menikmati hak mereka melalui penyampaian perkhidmatan yang disediakan dan polisi yang diperkenalkan.
Sumber manusia ditafsirkan sebagai sekumpulan kakitangan yang bekerja bagi sesebuah organisasi bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia di Pustaka. Pengurusan sumber manusia merangkumi aspek pengambilan dan persaraan kakitangan, penggajian, kemudahan, latihan/pengurusan bakat, hubungan pekerja, sistem sokongan dan pembangunan organisasi.


STRATEGI 2 : Mewujudkan mekanisme semak dan imbang yang kukuh dalam pengurusan sumber manusia

OBJEKTIF STRATEGIK 2.1: Meningkatkan kecekapan dalam organisasi

Bil Risiko Inisiatif Peneraju Tempoh Masa
2.1.1
Peningkatan dalam kes salah laku:

i.Kegagalan mengisytihar harta.

ii.Memanipulasi sijil cuti sakit, cuti kecemasan dan cuti tanpa kelulusan.

iii.Ketidakberadaan di pejabat semasa waktu pejabat.

iv.Pegawai tidak dapat dihubungi Ketika Bekerja Dari Rumah.

v.Penyalahgunaan kuasa dalam pengambilan pekerja (perkauman dan pertalian keluarga).

2.1.1.1 Menguatkuasakan Perintah Am 158, Perintah-perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri 1996 dan Surat Pekeliling Perjawatan Bil. 1/2000 dengan memaklumkan kepada staf melalui emel untuk mengisi Borang Pengisytiharan Harta secara berkala. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
2.1.1.2 Mempertingkatkan kesedaran kepada pegawai berkaitan cuti tahunan, cuti sakit dan cuti kecemasan. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
2.1.1.3 Melaksanakan pematuhan dan pemantauan tentang kehadiran dan keberadaan pegawai di pejabat secara berterusan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
2.1.1.4 Melaksanakan pemantauan kehadiran staf melalui Log Laporan Bekerja Dari Rumah oleh penyelia dan menguatkuasakan Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2021. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
2.1.1.5 Menguatkuasakan dan menambahbaik prosedur kerja dan dasar sedia ada untuk perjawatan dan pengambilan staf Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
2.1.1.6 Memperkenalkan sistem tapisan integriti dalam pemilihan dan kenaikan pangkat pengurusan tertinggi, Pengurusan & Profesional dan Jawatan sensitif Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 1 Tahun
(2022)


STRATEGI 3 : Memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan

OBJEKTIF STRATEGIK 3.1: Memperkukuhkan tadbir urus dokumen terperingkat dan sistem penyampaian maklumat

Bil Risiko Inisiatif Peneraju Tempoh Masa
3.1.1 Penyalahgunaan kuasa dalam penilaian LNPT iaitu tidak telus dan wujud pilih kasih dalam pemarkahan LNPT. 3.1.1.1 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kriteria pemarkahan LNPT. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
3.1.2 Kebocoran maklumat dokumen terperingkat:

i. Kebocoran maklumat sulit seperti penggiliran staf, kenaikan pangkat, salah laku staf.
3.1.2.1 Menandatangani Borang E Akta Rahsia Rasmi 1972 setahun sekali Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
3.1.2.2 Mengamalkan peringatan kepada semua ahli mesyuarat tentang status sulit mesyuarat sebelum mesyuarat bermula. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
3.1.2.3 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman berkaitan Arahan Keselamatan Kerajaan. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
3.1.2.4 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang mendedahkan maklumat sulit jabatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
3.1.3 Memburukkan imej jabatan di media sosial. 3.1.3.1 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman berkaitan Akta Multimedia. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 5 Tahun
(2021-2025)
3.1.3.2 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang memburuk-buruk imej jabatan. i. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
ii. Unit Integriti
5 Tahun
(2021-2025)


3. Pengurusan Perpustakaan

Berfungsi sebagai gerbang ilmu pengetahuan dan budaya dengan menyediakan sumber dan perkhidmatan untuk menyokong literasi, pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Secara kolaboratif menganjurkan acara dan aktiviti untuk pengguna dan masyarakat di semua peringkat untuk saling berhubung, melalui program kebudayaan, maklumat dan pendidikan untuk menyokong perpustakaan dan pembelajaran sepanjang hayat. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan perpustakaan yang meliputi pelbagai subjek untuk menyokong dasar, misi, dan objektif perpustakaan, dalam memenuhi keperluan maklumat, pendidikan, budaya dan rekreasi pengguna.

STRATEGI 4 : Mempertingkat Keberkesanan Dan Ketelusan Pengurusan Perpustakaan

OBJEKTIF STRATEGIK 4.1: Memperkasakan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna

Bil Risiko Inisiatif Peneraju Tempoh Masa
4.1.1 Penyalahgunaan perkhidmatan penghantaran buku (Bookbear Service) kepada pengguna untuk tujuan kepentingan peribadi


4.1.1.1 Menguatkuasakan SOP perkhidmatan Bookbear yang sedia ada. Bahagian Perkhidmatan Maklumat 5 Tahun
(2021-2025)
4.1.1.2 Mengenakan tindakan punitif kepada mana-mana pegawai atau penyelia yang menyalahgunakan perkhidmatan Bookbear untuk tujuan peribadi. i. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
ii. Unit Integriti
5 Tahun
(2021-2025)


OBJEKTIF STRATEGIK 4.2: Mengukuhkan kaedah pemilihan bahan-bahan perpustakaan

Bil Risiko Inisiatif Peneraju Tempoh Masa
4.2.1 Pemilihan bahan-bahan perpustakaan tanpa membuat kajian keperluan pengguna 4.2.1.1 Menguatkuasakan Dasar Pembangunan Koleksi. Bahagian Khidmat Teknikal 5 Tahun
(2021-2025)
4.2.1.2 Menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Bahan-bahan Perpustakaan i. Bahagian Khidmat Teknikal 1 Tahun
(2021)
4.2.1.3 Mengenakan tindakan punitif kepada mana-mana pegawai atau penyelia yang menyalahgunakan kedudukan dalam proses pemilihan bahan-bahan perpustakaan. i. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
ii. Unit Integriti
5 Tahun
(2021-2025)
4.2.2 Dasar Pembangunan Koleksi tidak menyokong pemilihan bahan-bahan dalam Bahasa Cina dan novel 4.2.2.1 Melaksanakan pindaan ke atas Dasar Pembangunan Koleksi Bahagian Khidmat Teknikal 1 Tahun
(2021)
4.2.2.2 Menguatkuasakan Dasar Pembangunan Koleksi. i. Bahagian Khidmat Teknikal 5 Tahun
(2021-2025)


4. Pengurusan Rekod dan Arkib

Pengurusan Rekod berperanan untuk memastikan jabatan dan agensi kerajaan Negeri Sarawak mengurus rekod awam dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan sebelum mencapai umur 25 tahun berdasarkan Seksyen 14(1)(d) Ordinan Pustaka Negeri Sarawak,1999. Pengurusan Arkib berperanan mengekalkan, memelihara dan menyimpan rekod awam yang tidak aktif yang berusia melebihi 25 tahun di Repositori Rekod Negeri, Pustaka Negeri Sarawak seperti yang dinyatakan di dalam Ordinan Pustaka Negeri Sarawak 1999, Bahagian IV, Seksyen 14 (1)(d). Kedua aspek pengurusan ini memberi khidmat nasihat dan panduan kepada agensi kerajaan dalam proses pemindahan rekod ke Repositori Rekod Negeri, Pustaka Negeri Sarawak melalui program kesedaran tentang kepentingan Arkib.


STRATEGI 5: Meningkatkan keberkesanan dan kredibiliti pengurusan rekod & arkib OBJEKTIF STRATEGIK 5.1: Memperkasakan peraturan ke arah tadbir urus pengurusan rekod dan arkib yang telus di peringkat jabatan

Bil Risiko Inisiatif Peneraju Tempoh Masa
5.1.1 Ketidakpatuhan:

i. prosedur pelupusan dan rekod dan arkib di peringkat pemindahan rekod jabatan jabatan dan agensi kerajaan negeri oleh Pegawai Rekod Jabatan Sarawak dan pegawai seranta jabatan.

ii. prosedur merujuk rekod jabatan yang telah dipindahkan ke Repositori Rekod Negeri.
5.1.1.1 Mempertingkatkan kesedaran tentang pengurusan rekod dan arkib di peringkat jabatan dan agensi kerajaan negeri Sarawak. i. Bahagian Pengurusan Rekod
ii. Bahagian Pengurusan Arkib
5 Tahun
(2021-2025):4 kali setahun
5.1.1.2 Melaksanakan pematuhan prosedur pelupusan rekod dan pemindahan rekod i. Bahagian Pengurusan Rekod
ii. Bahagian Pengurusan Arkib
5 Tahun
(2021-2025):4 kali setahun
5.1.1.3 Menguatkuasa prosedur pelupusan rekod dan pemindahan rekod berdasarkan Ordinan Pustaka Negeri Sarawak, 1999, Surat pekeliling no 24. tahun 2019 dan Buku Garis Panduan Pengurusan Rekod dan Arkib untuk Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Sarawak. i. Bahagian Pengurusan Rekod
ii. Bahagian Pengurusan Arkib
5 Tahun
(2021-2025):4 kali setahun
5.1.1.4 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang melakukan penyalahgunaan kedudukan dalam pengendalian bahan rekod dan arkib. i. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
ii. Unit Integriti
5 Tahun
(2021-2025)


OBJEKTIF STRATEGIK 5.2: Mengukuhkan akauntabiliti dalam tadbir urus pengurusan rekod dan arkib di peringkat jabatan

Bil Risiko Inisiatif Peneraju Tempoh Masa
5.2.1 Menyembunyi, mencuri atau memusnah rekod fizikal atau rekod elektronik jabatan demi kepentingan peribadi. 5.2.1.1 Menyebarluaskan kefahaman tentang pengurusan rekod dan arkib di peringkat jabatan dan agensi kerajaan negeri Sarawak. i. Bahagian Pengurusan Rekod
ii. Bahagian Pengurusan Arkib
5 Tahun
(2021-2025):4 kali setahun
5.2.1.2 Mengukuhkan mekanisme pelupusan rekod dan pemindahan rekod berdasarkan Ordinan Pustaka Negeri Sarawak, 1999, Surat pekeliling no 24. tahun 2019 dan Buku Garis Panduan Pengurusan Rekod dan Arkib untuk Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Sarawak i. Bahagian Pengurusan Rekod
ii. Bahagian Pengurusan Arkib
5 Tahun
(2021-2025):sekali setahun
5.2.1.3 Menguatkuasakan Garis Panduan Pengurusan Rekod dan Pengurusan Rekod Elektronik. i. Bahagian Pengurusan Rekod 5 Tahun
(2021-2025):4 kali setahun
5.2.1.4 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang menyembunyikan dan memusnahkan rekod jabatan. i. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
ii. Unit Integriti
5 Tahun
(2021-2025)


5.Pengurusan Fasiliti

Pengurusan Fasiliti berperanan memastikan jadual dan spesifikasi dipatuhi untuk penyelenggaraan dan pembaikan bangunan, Fasiliti, peralatan, taman, landskap Pustaka dan pengurusan penyewaan tempat. Lain-lain aspek seperti penggunaan tempat / Fasiliti yang disewa digunakan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.


STRATEGI 6: Menginstitusikan kecekapan & pengamalan profesionalisme dalam Pengurusan Fasiliti

OBJEKTIF STRATEGIK 6.1: Merekayasa pengurusan fasiliti ke arah perkhidmatan yang lebih telus

Bil Risiko Inisiatif Peneraju Tempoh Masa
6.1.1 Penyalahgunaan kedudukan dalam proses tempahan fasiliti 6.1.1.1 Menguatkuasakan penggunaan e- booking system. i. Bahagian Pengurusan Fasiliti 5 Tahun
(2021-2025)
6.1.1.2 Menguatkuasakan laporan berkala dari pegawai bertanggungjawab kepada penyelia/ pegawai atasan i. Bahagian Pengurusan Fasiliti 5 Tahun
(2021-2025)


OBJEKTIF STRATEGIK 6.2: Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Fasiliti

Bil Risiko Inisiatif Peneraju Tempoh Masa
6.2.1 Memanipulasi pengesahan kerja/ projek sia 6.2.1.1 Mengoptimumkan penggunaan ICT untuk melaksanakan pelaporan berkala dari pegawai bertanggungjawab kepada penyelia/ pegawai atasan i. Bahagian Pengurusan Fasiliti
ii.Sektor ICT
5 Tahun
(2021-2025)
6.2.1.2 Melaksanakan prosedur Pusingan kerja berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004: Panduan Pertukaran Pegawai Awam. i. Bahagian Pengurusan Fasiliti
ii.Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
5 Tahun
(2021-2025)
6.2.1.3 Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai yang melanggar peraturan dan prosedur. i. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
ii. Unit Integriti
5 Tahun
(2021-2025)


Bilangan Risiko, Strategi, Objektif Strategi dan Inisiatif

Antirasuah2.jpeg


Kesimpulan

Oleh itu, semua warga PUSTAKA hendaklah memberi komitmen yang jitu dalam melaksanakan semua strategi dan inisiatif Pelan Antirasuah Pustaka 2021-2025.
Pelan Antirasuah Pustaka adalah manifestasi komitmen PUSTAKA bagi menyokong dasar antirasuah nasional untuk menjadi sebuah negara bebas rasuah. Bagi tujuan tersebut, isu-isu dalaman PUSTAKA berkaitan kelemahan integriti, tadbir urus dan rasuah telah dikenalpasti dan dimuatkan dalam Pelan Antirasuah Pustaka. Sebanyak 6 strategi dan 49 inisiatif bagi menangani isu-isu tersebut telah digariskan secara terperinci.