Augmented Reality Interactive Collections (ARIC)

From PustakaPedia
(Redirected from ARIC)
Jump to: navigation, search
Aric.png

Augmented Reality Interactive Collections (ARIC) ialah inovasi membangunkan sebuah pangkalan data atas talian yang mengandungi sumber maklumat berkenaan koleksi lukisan yang terdapat di Pustaka Negeri Sarawak. Sebelum ini hanya Kad Katalog yang memaparkan latar belakang ringkas lukisan disediakan pada setiap lukisan menyebaBkan maklumat terhad diperolehi di bangunan Pustaka pada waktu operasi sahaja. Dengan ARIC, pengguna hanya perlu mengimbas pada lukisan menggunakan telefon pintar atau gajet lain melalui aplikasi HP Reveal (Android dan iOS).

Inovasi ARIC telah memberi impak terhadap;

  1. Penjimatan masa pencarian maklumat : dari lebih 40 minit kepada kurang 1 minit
  2. Tenaga manusia : dari 3 orang kepada 1 orang sahaja;
  3. Pemansuhan kos : kos tidak ketara RM75 000 dan kos Kad Katalog RM18
  4. Tahap kepuasan pengguna : dari 0% kepada 100%
  5. Peningkatan kualiti kerja
  6. Menggalakkan minat dan pengetahuan pengguna terhadap lukisan pelukis tempatan Sarawak.