BOOKMATE: MEMPROMOSIKAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN YANG KURANG MENDAPAT SAMBUTAN

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search

1.0 AHLI KUMPULAN

















1.2 LATAR BELAKANG KUMPULAN

1.2.1 Logo Kumpulan:







Perkataan “PARADIGM”

Sinonim berkenaan satu idea yang berbeza yang boleh mengubah sesuatu

Gambar “Graf”

Melambangkan “talian hayat” iaitu nadi kepada kumpulan kami adalah persefahaman dan semangat pasukan yang kuat menjadi kunci kepada kami sepasukan.

2.0 SIGNIFIKAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN

2.1 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK

Projek yang telah dipilih oleh Kumpulan KIK Paradigm adalah BookMate, iaitu Aplikasi Perkhidmatan Bersepadu Pustaka Negeri Sarawak yang boleh diakses secara online melalui aplikasi mudah alih atau laman web di mana pengguna perkhidmatan perpustakaan boleh menghantar permohonan perkhidmatan perpustakaan mereka melalui telefon pintar.

Proses pemilihan tajuk projek telah diadakan semasa mesyuarat bersama ahli kumpulan Paradigm di mana setiap ahli telah berkongsi permasalahan yang terdapat di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu. Selain itu, terdapat permasalahan yang disokong dengan laporan-laporan perkhidmatan sebelum ini.

Tujuan pemilihan proses perkhidmatan yang bersepadu secara online adalah untuk memudahkan perkhidmatan perpustakaan diakses dengan lebih efektif dan cepat. Dengan adanya aplikasi BookMate, pengguna perpustakaan akan lebih peka dengan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak, sekaligus memudahkan mereka untuk membuat permohonan melalui aplikasi tersebut.

Usaha pendigitalan proses kerja ini juga turut menyahut saranan kerajaan untuk mendigitalkan perkhidmatan ke arah visi Perkhidmatan Awam Sarawak iaitu “A World Class Civil Service”.

2.1.1 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA JABATAN

Visi Menjadi wadah maklumat dan pengetahuan kepada negeri Sarawak.
Misi Memberi capaian kepada sumber maklumat dan memelihara warisan intelek Negeri Sarawak
Objektif Mempromosi pembudayaan ilmu dalam negeri Sarawak
Piagam Pelanggan Perkhidmatan - Pertanyaan rujukan hendaklah dijawab dalam masa satu hari bekerja

Transaksi sirkulasi setiap item hendaklah diselesaikan dalam masa satu minit Permintaan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (ILL) hendaklah dijawab dalam masa satu hari bekerja Bahan perpustakaan baharu hendaklah disediakan di rak dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas diterima. Arkib awam hendaklah diambil dalam masa satu jam atas permintaan.

Maklumbalas pelanggan - Aduan pelanggan hendaklah diakui penerimaan dalam satu hari bekerja.

Pembayaran - Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 13 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

Akses - Akses kepada perkhidmatan dalam talian hendaklah disediakan 24 jam sehari

Visi Jabatan

Projek BookMate selari dengan visi Jabatan iaitu “Menjadi wadah maklumat dan pengetahuan kepada negeri Sarawak”. Projek ini memudahkan proses yang sedia ada dan meningkatkan produktiviti serta meluaskan capaian perkhidmatan perpustakaan.

Misi Jabatan

Projek BookMate menyokong misi Jabatan iaitu “Memberi capaian kepada sumber maklumat dan memelihara warisan intelek Negeri Sarawak”. Dengan wujudnya aplikasi BookMate, pengguna perpustakaan akan mempunyai akses ke pelbagai perkhidmatan perpustakaan 24 jam sehari.

Objektif Jabatan

Projek BookMate adalah selari dengan objektif Jabatan iaitu “Mempromosi pembudayaan ilmu dalam negeri Sarawak”. Objektif jabatan dapat dicapai dengan projek BookMate kerana aplikasi ini menjadi tumpuan umum pengguna sebagai “One-stop Centre” untuk perkhidmatan perpustakaan.

Piagam Pelanggan

Projek BookMate dapat membantu menegakkan piagam pelanggan Jabatan khususnya bahagian Perkhidmatan. BookMate, piagam pelanggan perkhidmatan yang pertama dan ketiga dapat disokong melalui BookMate.

Ketika membangunkan projek BookMate, kumpulan KIK Paradigm menitikberatkan fungsi-fungsi jabatan sebagai panduan utama bagi memastikan kejayaan projek ini. Projek BookMate menyokong ke arah Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan Jabatan.

2.1.2 MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN PEMEGANG TARUH (STAKEHOLDER)

Aplikasi BookMate ini dipilih bertujuan untuk mengatasi permasalahan dalam prosedur penggunaan perkhidmatan yang tidak efisien dan akses untuk setiap perkhidmatan bahan perpustakaan yang berasingan. Dengan adanya aplikasi BookMate ini membolehkan para pekerja fokus kepada tugasan lain yang memerlukan lebih perhatian kerana pengguna boleh mengakses pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi sekaligus dapat memastikan kepuasan pelanggan selaras dengan piagam berikut: