Human and Machine Interactive Dialogue (HAMID)

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search

Pustakawan Rujukan kerap menerima soalan rujukan yang berulang seperti tunjuk arah, soalan berkaitan projek pelajar sekolah, soalan berkaitan sejarah Sarawak ataupun Malaysia, kadar bayaran kemudahan, prosidur mendaftar keahlian dan sebagainya. Sebelum ini senarai soalan lazim disediakan bagi kemudahan pengguna namun ianya kurang berkesan bila senarai soalan lazim menjadi semakin panjang. Pengguna juga tidak merasa dilayan apabila perlu meneliti sendiri senarai soalan lazim yang panjang sangat. Oleh itu tercetus idea jika komputer boleh menjawab soalan pengguna secara automatik. Maka lahirlah HAMID ataupun Human and Machine Interactive Dialogue.

Inovasi ini menggunakan teknologi chat bot yang merupakan teknologi kecerdikan buatan asas ataupun basic artificial intelligence technology. Pangkalan data berkaitan soalan rujukan yang biasa diterima oleh pustakawan dan juga pangkalan data jawapan kepada soalan-soalan ini dibangunkan. Enjin chat bot digunakan bagi mengenalpasti maklumat yang ditanya oleh pengguna dan mengemukakan jawapan yang tepat secara automatik.


Keunikan & Kelebihan

HAMID fokus kepada maklumat yang biasa dicari oleh pengguna Pustaka Negeri Sarawak. Ia juga akan berkembang sesuai dengan interaksi pustakwan rujukan dengan pengguna dari semasa ke semasa. Jika jawapan tiada dalam pangkalan data HAMID akan memberikan maklumat hubungan pustakawan rujukan bertugas supaya pengguna boleh mendapatkan apa juga maklumat yang mereka perlukan.


Impak Kepada Komuniti/Pengguna

  • Menjimatkan kos serta masa pustakawan dan pengguna.
  • Perkhidmatan berterusan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
  • Pustakawan Rujukan boleh menumpukan masa kerja yang dijimatkan kepada tugasan penting yang lain.
  • Pengguna muda khususnya lebih selesa berinteraksi dengan sistem komputer berbanding pustakawan sebenar.
  • Semakin lama pangkalan data ini akan semakin lengkap dan pengguna akan semakin mudah menggunakannya.


Penyelesaian Masalah Berbanding Produk Di Pasaran

  • Penjimatan masa
  • Kualiti lebih baik
  • Mengurangkan tenaga buruh
  • Cekap
  • Meningkatkan produktiviti
  • Penjimatan Kos



HAMID dibangunkan secara percuma menggunakan enjin chat bot open source dan dibangunkan dengan pengaturcaraan perisian komputer. Platform Facebook Messenger digunakan kerana ramai pengguna Pustaka yang menggunakan laman sosial Facebook. Pengguna boleh melayari laman Facebook masing-masing dan menghubungi Pustaka melalui Mesenger. HAMID akan melayan pengguna secara automatik.

Pautan Video Cara Penggunaan  : https://youtu.be/ojUYFkexK6A