Sudut Bacaan Komuniti Long Latei, Apoh

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search

Sarawak adalah negeri terbesar dalam Malaysia dengan keluasan 124, 450 km persegi berbanding dengan Semenanjung Malaysia dengan keluasan 130, 590 km persegi. Keluasan tanah di Sarawak adalah 90 peratus lebih besar berbanding di keluasan tanah di Semenanjung Malaysia. Dengan keluasan seperti ini, faktor pengangkutan adalah menjadi cabaran utama. Faktor geografi yang berbukit bukau ini tidak hanya memerlukan pengangkutan darat sahaja malah pengangkutan air dan udara juga diperlukan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Melihat kepada keadaan ini, Pustaka mengambil inisiatif untuk membantu komuniti yang berada di pedalaman yang sukar untuk mendapatkan pendedahan teknologi serta maklumat. Peranan utama Pustaka adalah Menyediakan maklumat terkini, tepat, sesuai dan mudah diakses dalam pelbagai format sebagai bahan utama untuk perkembangan ekonomi dan pembangunan sosial negeri dan warganya. Untuk merealisasikan peranan tersebut, Pustaka mengambil salah satu inisiatif dengan penubuhan Sudut Bacaan Komuniti di kawasan pendalaman yang kurang mendapat liputan internet serta literasi maklumat.

Penubuhan Sudut Bacaan Komuniti Long Latei, Apoh adalah inisiatif ke arah pembelajaran sepanjang hayat dan literasi maklumat oleh Pustaka Negeri Sarawak. Usaha ini juga mendapat sokongan penuh dan kerjasama daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Yang Berhormat En. Dennis Ngau, N.77 Telang Usan.

Sudut Bacaan,Long Latei

Lokasi bagi sudut bacaan boleh ditempatkan secara terbuka atau mana-mana ruang yang sesuai yang boleh diakses oleh pengguna. Contohnya di dalam dewan sebuah kampung, balai raya atau ruang kosong di rumah panjang yang boleh menempatkan bahan-bahan dan aktiviti perpustakaan. Secara fizikal, ianya adalah ruang dari bahagian dewan, dilengkapi dengan sumber maklumat seperti buku, majalah; kemudahan asas seperti rak buku, meja, dan kerusi. Ianya akan digunakan sebagai pusat sumber maklumat layan diri oleh masyarakat kampung.




Objektif

Objektif penubuhan sudut bacaan ini adalah;
1.Untuk meningkatkan kemahiran literasi maklumat di kalangan penduduk luar bandar.
2.Untuk mengurangkan jurang pengetahuan antara bandar dan luar bandar melalui aksesibiliti dan inklusif yang sama terhadap Ekonomi Digital.

Lokasi Pelaksanaan Sudut Bacaan Komuniti

Rural Service Centre,Long Latei

Susulan daripada perbincangan di antara Pustaka dengan pihak Yang Berhormat Dennis Ngau, kawasan yang telah dikenalpasti adalah Long Latei, Apoh. Ini adalah kerana kawasan tersebut menjadi hub kepada komuniti untuk melakukan aktiviti sosial bagi dari Long Bedian yang terdiri daripada kaum Kayan serta 22 perkampungan Penan yang lain. Selain berfungsi sebagai hub untuk aktiviti perkongsian maklumat, dengan adanya sudut bacaan ini dapat menambahbaik perkhidmatan di dalam hub ini kepada komuniti

Kumpulan Sasaran

Penubuhan Sudut Bacaan Komuniti, Long Latei ini adalah inisiatif daripada Pustaka dan mendapat sokongan penuh dari pihak Yang Berhormat En. Dennis Ngau, ADUN N.77 Telang Usan. Kumpulan sasaran yang utama adalah komuniti setempat di perkampungan Penan di kawasan Apoh, Baram. Melihat kekangan atas faktor geografi yang menyukarkan penduduk setempat untuk mendapat pendedahan kepada sumber maklumat justeru itu Long Latei dilihat sebagai hub yang strategik untuk penubuhan sudut bacaan komuniti kerana terdapat 21 perkampungan Penan yang lain yang akan mendapat faedah projek ini. Kampung- kampung tersebut adalah seperti:
1.Long Win
2.Long Bangan
3.Long Kerangan
4.Long Len
5.Long Urang
6.Long Nen
7.Long Kevok
8.Long Kawa
9.Long Selulung
10.Long Seang
11.Long Belok
12.Long Sayan
13.Long Daloh
14.Long Daloh Bestari
15.Long Loteng
16.Long Lilim
17.Ba’Kabing
18.Long Item
19.Long Kawi
20.Ba’Pakan
21.Ba’Abang

Pustaka Sebagai Agensi Peneraju dan Rakan Pintar Yang Terlibat

Penubuhan Sudut Bacaan Komuniti Long Latei melibatkan agensi-agensi berikut sebagai rakan pintar dalam menggerakkan inisiatif ini. Pustaka sebagai peneraju dalam pelaksanaan Sudut Bacaan Komuniti selaras dengan SSLO yang menyatakan To provide, maintain and preserve library resources and act as a centre for the storage and dissemination or transmission of knowledge, information and data on the State dan mendapat sokongan penuh dari pelbagai agensi secara langsung dan tidak langsung.

Cadangan penubuhan Sudut Bacaan Komuniti Long Latei ini telah diusulkan kepada ADUNN.77 dan beliau bersetuju dengan cadangan tersebut dan berjanji akan memberi komitmen padu untuk manfaat komuniti setempat khasnya.

Senarai Rakan Pintar Utama

1.Pusat Khidmat Komuniti, Yang Berhormat En. Dennis Ngau, ADUN N.77 Telang Usan

  • Penyediaan dana untuk kos penyelenggaraan tahunan seperti koleksi bahan bacaan, langganan jalur lebar, dan bekalan elektrik.
  • Memberi perkhidmatan dari segi pentadbiran, seliaan dan pemantauan di peringkat komuniti.
  • Membantu melaksanakan survei profil komuniti bagi merancang untuk pembangunan koleksi Sudut Bacaan Komuniti berdasarkan minat dan keperluan komuniti.
  • Menyumbang dana bagi penubuhan Sudut Bacaan Komuniti dan sumbangan dana setiap tahun untuk tempoh lima (5) tahun bagi pembangunan koleksi bahan bacaan.
  • Membantu dalam penyelenggaraan, penyeliaan dan pemantauan perkhidmatan Sudut Bacaan Komuniti.


2.Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Kampung (JKKK) Long Latei yang diketuai oleh Encik Jangin Duwin, Ketua Kampung Long Latei

  • Membantu dalam penyelenggaraan, penyeliaan dan pemantauan perkhidmatan Sudut Bacaan Komuniti.
  • Membantu kelancaran operasi sudut bacaan komuniti.
  • Membantu penyeliaan dan penyelenggaraan Sudut Bacaan Komuniti
  • Menyelia sukarelawan di Sudut Bacaan Komuniti.
  • Membantu dan mengkoordinasi Ketua Kaum dan peserta dan berkenaan aktiviti yang dilaksanakan.


3.Persatuan Wanita Long Latei, Apoh dan pegawai seranta ialah Puan Sutina Jangin

  • Membantu dalam penyelenggaraan, penyeliaan dan pemantauan perkhidmatan Sudut Bacaan Komuniti.
  • Membantu kelancaran operasi sudut bacaan komuniti.
  • Membantu penyeliaan dan penyelenggaraan Sudut Bacaan Komuniti
  • Menyelia sukarelawan di Sudut Bacaan Komuniti.
  • Membantu dan mengkoordinasi Ketua Kaum dan peserta dan berkenaan aktiviti yang dilaksanakan.


4.Pejabat Residen Bahagian Miri

  • Memberi kelulusan menggunakan ruangan di Rural Service Centre (RSC) Long Latei, Apoh bagi kegunaan untuk Sudut Bacaan Komuniti.
  • Membantu dari segi pentadbiran di peringkat komuniti.


5.Majlis Daerah Marudi

  • Membantu dalam penyelenggaraan, penyeliaan dan pemantauan perkhidmatan Sudut Bacaan Komuniti.


6.Pejabat Daerah Kecil Long Lama, Baram

  • Membantu dalam penyelenggaraan, penyeliaan dan pemantauan perkhidmatan Sudut Bacaan Komuniti di peringkat komuniti.

Senarai Rakan Pintar Sokongan

1.Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS)

  • Membantu sebagai urusetia program dan pengisian darisegi perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap agensi-agensi kerajaan.

2.Sukarelawan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), PANDei dan GETS

  • Membantu sebagai urusetia dan fasilitator program.
  • Sumbangan khidmat tenaga kepakaran dan koleksi buku untuk sudut bacaan komuniti.

3.Persatuan Pacuan Empat Roda Telang Usan Miri

  • Membantu sebagai urusetia dan fasilitator program.
  • Sumbangan khidmat tenaga kepakaran dan koleksi buku untuk sudut bacaan komuniti.

4.Klinik Kesihatan Long Bedian

  • Membantu sebagai urusetia program dan pengisian darisegi perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap agensi-agensi kerajaan.

5.Rotary Club Miri

  • Membantu sebagai urusetia dan fasilitator program.
  • Sumbangan khidmat tenaga kepakaran dan koleksi buku untuk sudut bacaan komuniti.

6.Miri Young Artists

  • Membantu sebagai urusetia dan fasilitator program.
  • Sumbangan khidmat tenaga kepakaran dan koleksi buku untuk sudut bacaan komuniti.

7.Sarawak Information System (SAINS)

  • Membantu sebagai urusetia dan fasilitator program.
  • Sumbangan khidmat tenaga kepakaran dan koleksi buku untuk sudut bacaan komuniti.

8.Jabatan Tanah & Survei, Bahagian Miri

  • Membantu sebagai urusetia program dan pengisian darisegi perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap agensi-agensi kerajaan.

Penglibatan rakan pintar menjadi tulang belakang kepada inisiatif penubuhan Sudut Bacaan Komuniti Long Latei ini untuk memberi impak kerjasama pintar yang menyeluruh daripada segi manfaat bersama (synergistic benefits) kepada seluruh agensi. Manfaat bersama yang dirasai oleh rakan-rakan pintar merangkumi kerjasama kepakaran, tenaga kerja, teknologi, kemudahan fasiliti dan logistik


Perancangan dan Fasa Pelaksanaan

Fasa I

  1. Mewujudkan jawatankuasa pelaksana.
  2. Mewujudkan garis panduan penubuhan Sudut Bacaan dan mendapatkan kelulusan Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak.

Fasa II

  1. Menyenaraikan kawasan ADUN di Sarawak.
  2. Mengenalpasti kawasan dan wakil rakyat di sesuatu kawasan.
  3. Perjumpaan dan pembentangan Kertas Kerja Sudut Bacaan bersama wakil rakyat.
  4. Cadangan tempat yang dipilih Wakil Rakyat.
  5. Kelulusan menggunakan tempat untuk sudut bacaan komuniti.
  6. Mendapatkan dana / peruntukan.

Fasa III

  1. Lawatan tapak.
  2. Cadangan sebut harga dan senarai keperluan.
  3. Perbincangan bersama pemimpin masyarakat.
  4. Berjumpa Rakan Pintar dan penduduk kawasan yang terpilih.

Fasa IV

  1. Membina Sudut Bacaan Komuniti
  2. Mengadakan persiapan program dan perasmian
  3. Mengadakan aktiviti dan latihan susulan
  4. Sokongan wakil rakyat dalam perbelanjaan operasi secara berterusan

Pelaksanaan

Sudut Bacaan Komuniti Long Latei, Apoh merupakan kawasan yang berpusat di RSC Long Latei, Apoh adalah inisiatif kerjasama cemerlang bersama pemimpin masyarakat yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Tujuan penubuhan Sudut Baca Komuniti ini adalah bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang memberi kepentingan pada literasi, budaya membaca yang membentuk ke arah pembudayaan ilmu sepanjang hayat. Ia juga dapat memberi pendedahan secara menyeluruh kepada peserta bengkel mengenai pelaksanaan program Literasi Maklumat di perpustakaan. Ini adalah selaras dan menyokong initiatif digital Kerajaan Negeri agar rakyat dapat mengaplikasikan serta mendapat manfaat.

Sudut Baca ini di harap dapat membantu meningkatkan tahap literasi maklumat dan aktiviti di kawasan yang terpilih. Program ini adalah menggunakan kaedah adapt and adopt daripada program galakkan membaca seperti Program Kembara Ilmu yang juga memfokuskan kawasan komuniti.

Pengisian Senarai Program

1.Pendaftaran Peserta dan Keahlian Pustaka
2.Pengenalan Kepada Pustaka Negeri Sarawak, Miri
3.Bengkel Reading Seeds
4.Reading Seeds Kit Content dan E-Resources
5.Bengkel Product Photography
6.Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat
7.Bengkel PANDei
8.Sarawak Pay
9.Joy of Paintings
10.Bazaar Ilmu
11.Ceramah Pengesahan Status Tanah - Land & Servay bersama Bujang Bin Radin / Justin (Penolong PenguatkuasaL&S)
12.Perkembangan Bayi : Dr Mohd Afiq bin Abdul Latip (Pegawai Perubatan UD44)
13.Ekosistem inovasi digital (En. Fredick Kevin Buseli)
14.Bookshare (Persatuan Pustakawan Sarawak, Pustaka & orang awam)

LongLatei.jpg LongLatei1.jpg LongLatei2.jpg LongLatei3.jpg