EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Penutupan Sementara Waktu Premis Pustaka Negeri Sarawak, Kuching Sehingga 30 November 2020

Ditulis pada 28 October 2020

Sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching ditutup kepada orang awam bermula 29 Oktober 2020 sehingga 30 November 2020.

Ini adalah langkah penting bagi memastikan kesihatan dan keselamatan staf, pengguna dan pelanggan kami adalah di dalam keadaan baik.

Maklumat terkini boleh didapati di media sosial dan laman web Pustaka Negeri Sarawak di www.pustaka-sarawak.com.
Sehubungan dengan itu, pengguna adalah dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian kami yang tersedia 24/7.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai Unit Komunikasi kami, Nur Ashikin Ahmad 01110870191 / Norzihan Abdullah @019-8899424.