EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Program Outreach

Program jangkauan ilmu direka untuk membolehkan para pegawai Pustaka bersemuka dengan bakal-bakal pengguna yang tidak berpeluang atau belum pernah ke Pustaka. Lawatan ini akan diisi dengan taklimat dan perbincangan mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang ditawarkan oleh Pustaka untuk memberi kesedaran kepada bakal-bakal pengguna yang terlibat.

Program ini meliputi lawatan-lawatan ke:-

  • Sekolah
  • Agensi kerajaan
  • Institusi pendidikan tinggi
  • Kampung; dan
  • Pertubuhan

Objektif program ini termasuk:-

  • Meningkatkan kesedaran peserta yang terlibat terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Pustaka.
  • Mendapatkan maklumat dan maklumbalas daripada peserta terlibat mengenai keperluan maklumat mereka serta perkara-perkara yang berkaitan dengan Pustaka.
  • Meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan budaya ilmu serta usaha belajar sepanjang hayat bagi meningkatkan potensi diri, masyarakat dan negara.
  • Meningkatkan minat peserta untuk datang dan menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di Pustaka.
  • Mengenalpasti perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di Pustaka yang boleh dimanfaatkan oleh agensi terlibat.
  • Meneroka peluang untuk bekerjasama pada masa akan datang terutama dalam membina masyarakat yang berbudaya ilmu.

Agensi yang menjadi tuan rumah hanya perlu melakukan perkara berikut:-

  • Memberi persetujuan untuk menerima kunjungan para pegawai Pustaka.
  • Menyediakan tempat yang sesuai untuk sesi taklimat yang akan mengambil masa selama kira-kira satu jam setengah.
  • Menjemput staf mereka yang berminat untuk turut sama dalam majlis tersebut.
  • Menyediakan pengacara majlis dan talian telefon untuk sambungan ke Internet jika boleh.