EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ceramah Sarawakiana: Reka Bentuk dan Seni Ukiran Parang Tradisi Di Sarawak

Ditulis pada 16 February 2021

Siri Ceramah Sarawakiana yang bertajuk “Reka Bentuk dan Seni Ukiran Parang Tradisi Di Sarawak” akan diadakan pada 20 Februari 2021 pada jam 10.00 pagi di laman rasmi media sosial Pustaka Negeri Sarawak (facebook dan YouTube). Ceramah ini akan disampaikan oleh Encik Muhyiddin Muhammed, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak.

Ceramah ini adalah salah satu usaha memperhebatkan pengetahuan ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan khasnya budaya dan warisan di Sarawak.

Selain menghasilkan parang tradisional, pembuat parang atau tukang parang juga terlibat dalam membentuk ukiran motif pada hulu dan sarung parang. Parang yang dihasilkan oleh setiap tukang parang di Sarawak sangat berbeza dan unik untuk dijadikan perbandingan kerana setiap hasil ukiran pada pegangan dan sarung parang mempunyai makna dan keaslian yang berbeza. Terdapat kekurangan kajian untuk rekabentuk parang Sarawak yang didokumentasikan pada masa ini. Hasilnya juga dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan seni dan budaya masyarakat setempat dan seterusnya menjadi produk penting untuk pengkomersialan.

Anda boleh mendaftar di https://trial.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1613440561

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.