EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak Beroperasi Seperti Biasa Pada Sambutan Awal Muharram 2021/1443H

Ditulis pada 09 August 2021

– Pustaka Negeri Sarawak akan beroperasi seperti biasa dan akan membuka premis kami kepada orang awam pada Sambutan Awal Muharram yang jatuh pada 10 Ogos 2021 kelak.

Pihak Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1443H yang bertemakan “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” .

Sehubungan itu, jangan lupa untuk menggunakan perkhidmatan kami seperti di bawah secara PERCUMA:-

1. PUSTAKA SARAWAK CHANNEL

Pustaka Sarawak Channel merupakan platform untuk penyiaran program dan aktiviti Pustaka secara dalam talian menggunakan saluran Youtube selari dengan transformasi perkhidmatan norma baharu di alamat https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak/

Inisiatif tersebut bertujuan untuk meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik Covid-19 dengan kelaziman baru menerusi saluran YouTube dan mengoptimumkan potensi teknologi maklumat dan komunikasi bagi memanfaatkan lebih ramai orang tanpa dibataskan oleh masa dan tempat.







2. PERKHIDMATAN BOOKBEAR

Kami menawarkan Perkhidmatan BookBear melalui aplikasi Angka.sa2 secara PERCUMA.

BookBear merupakan perkhidmatan peminjaman buku terus ke rumah pengguna yang mana pengguna boleh dimuat turun aplikasi Angka.sa2 melalui Google Play Store atau App Store yang akan mula beroperasi pada 13 Jun 2020 seperti di bawah:

Hari Operasi : Isnin hingga Sabtu
Masa Operasi: 9:00pagi -5:00petang

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memastikan pengguna mendapat akses kepada koleksi Pustaka memandangkan Pustaka Negeri Sarawak masih belum lagi membuka sepenuhnya premis-premis yang ada.

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini daripada kami dari masa ke masa melalui sosial media dan laman web kami.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai Unit Komunikasi kami Nur Ashikin Ahmad di talian 0111-0870191 atau emel: nuraa2@sarawak.gov.my